Posts

Showing posts from 2012

Jalan Jalan 2012

Image
Kisah doodle Google sepanjang 2012 31 Disember 2012. Tarikh yang nostalgik sifatnya. Lebih nostalgik bila saya teringat catatan nota kecil yang saya tulis dan simpan dalam dompet. Antara yang tertulis di situ, "Melawat sekurang-kurangnya satu (1) negara setiap tahun." Catatan itu saya tulis pada tahun 2009 dan saya terlupa tentangnya, sehinggalah saya mengemas isi dompet pada tahun 2011! Merenung kembali perjalanan sejak tahun catatan itu ditulis.  2009 Beijing, China. Pertama kali ke negara luar bersama keluarga dengan agensi pelancongan.  2010 Singapura. Menjadi "perasmi tidak langsung" kepada Universal Studio Singapore yang baru dibuka. 2011 Mei Trip UK-Eropah pertama meliputi UK (London) , Belanda (Amsterdam) , Belgium (Brugges), Jerman (Munich) dan Republik Czech (Prague). Trip DIY jauh yang pertama. Segalanya diurus sendiri dan kali pertama pergi tanpa keluarga. Baca catatan bebas trip itu di sini .  Julai Padang, Bukit Tinggi & Danau Meni

Rakyat Malaysia Kaki Shopping?

Image
Benar. Adakah rakyat Malaysia memang kuat membeli-belah? Cuci mata dengan deretan beg trendi dan murah di Ireland Penemuan ini saya sedari ketika berbual-bual dengan lelaki Macedonia yang bekerja di sebuah kedai cenderamata di Prague, Republik Czech. Sejauh-jauh tempat yang saya pergi, mudah sahaja pembantu kedai di Prague itu mengecam kami sebagai rakyat Malaysia, walaupun saya tidak membeli apa-apa pun di kedainya. Telahan saya, mungkin rakyat Malaysia antara pengunjung tetap di kedainya yang terletak tidak jauh dari Jambatan Charles itu. Sekali lagi, perkara ini mengundang senyum di hati saya ketika berbual-bual dengan "supir" kami ketika di Bandung, Indonesia . Cerita Pak Supir, "Yang sering datang ke sini ada dua jenis. Jenis yang pertama, banyaknya orang Malaysia. Paling tinggi datangnya sebelum bulan Ramadhan dan Syawal. Biasanya, mereka mahu ke tempat belanja. Lalu, mereka mahu ke Toko Tiga, Pasar Baru, pusat kulit, kedai minyak wangi dan lain-la

Rezeki Dari Langit

Image
Kebaikan yang mengundang senyuman di hati dan bibir. Itulah kebaikan yang dihulurkan orang asing, seperti dalam video ini. Saya juga pernah menerima kebaikan yang serupa. Ketika itu, kami baru sahaja tiba di stesen keretapi utama Prague dengan mata yang terkebil-kebil. Tiba-tiba, kami disapa satu pasangan lelaki dan wanita pertengahan usia. "Kamu tahu berbahasa Inggeris?" Kami bertiga mengangguk. Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas sebesar dua keping setem. Beritahunya, "Ambillah tiket metro 24 jam ini. Tiket ini akan luput esok dan kami sudah mahu pulang." Mesin Pengesah Tiket Metro di Prague ( sumber ) Dia tersenyum dan mereka berlalu pergi. Dan, kami tetap terkebil-kebil di situ, sambil memegang kertas itu di tangan. Inilah namanya rezeki dari langit! Waida Yusof, 14 Disember 2012 Janda Baik

Trip Overland Malaysia-Thailand

Image
Mungkin ini laluan yang diceritakan rakan yang saya baru kenali ini. Mereka berenam memandu dua buah kenderaan pacuan empat roda daripada Sadao, sempadan Malaysia-Thai ke Krabi, Thailand. Cerita rakan saya itu, "Perjalanan menuju ke Krabi itu lebih menarik daripada ketika sudah sampai ke destinasi." Perjalanan mereka mengambil masa sekitar enam jam. (Dari Google Maps, empat jam sahaja). Ini antara rancangan overland yang boleh dipertimbangkan pada masa hadapan, selain daripada terbang terus ke sana. Jika tidak, boleh juga menaiki keretapi ke Thailand :) Waida Yusof, 17 Nov 2012, Johor Bahru

Titik Hitam Dalam Mengembara

Image
Cerita perjalanan itu sebenarnya, bukan yang indah-indah sahaja. Ada juga sisi yang kurang manisnya. Ketika berlaku, Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati kami. Namun, ketika dikenang kembali, peristiwa ini rupanya memberi warna kepada sebuah pengembaraan itu. Acapkali, perjalanan saya sama ada seorang diri, berdua atau bertiga. Selalunya bersama perempuan sahaja. Peristiwa Pertama Pita kebab terbaik yang dijual di kedai "Halal Fast Food" Pernah sekali, ketika di Munchen (Munich), Jerman, saya dan dua orang kawan memesan makanan segera halal (baca: fast food kebab) dari sebuah kedai kecil. Sedang kami menunggu, seorang lelaki dengan rambut tegak bercacak seperti besi cerucuk masuk ke kedai itu. Dia cuba berbual-bual dengan salah seorang rakan saya, namun, rakan saya melayan hanya sekadarnya sahaja. Tidak beria-ia, tidak pula bersikap dingin. Tiba-tiba, dari belakang kaunter, saya ternampak pemilik kedai makanan itu menjeling ke arah kami, sambil mem

[Tip] Kali Pertama Kembara

Entri ini dikongsi di Twitter Lonely Planet dan ditulis Caz dari ytravelblog.com . 43 TIP BAGI PENGEMBARA KALI PERTAMA Antara yang saya suka, Tip no 40. Belajar mencangkung dalam tandas. Kamu perlukannya. Ketawa seorang diri dan terus kongsikan kepada rakan-rakan. Tip di bawah ini pula perkara baru bagi saya dan saya bersetuju dengannya. Tip no. 43. Bersedia dengan kejutan budaya di tempat sendiri sebaik pulang ke rumah. Tambahan tip daripada saya pula. Tip Pertama , buat salinan passport dan maklumat penting. Simpan di tempat berasingan. Jika passport hilang, salinan dapat digunakan ketika berkunjung ke Kedutaan. Tip Kedua , salin alamat kedutaan di setiap negeri kita pergi, terutamanya, di negara yang jauh seperti Eropah dan US.  Terima kasih Caz kerana sudi berkongsi tip-tip ini! :) Boleh baca senarai penuh 43 tip itu di sini . Waida Yusof, 8 Nov 2012 KL, Malaysia

November Rain

Image
November Rain. Mungkinkah hujan memang sering turun dalam November sehingga kumpulan rock Gun N' Roses menggunakannya sebagai tajuk lagu. Seakan-akan serasi dengan suasana November di Malaysia sekarang. Dan pagi tadi, tatkala menerima limpahan cahaya pagi, hati ini sudah begitu riang. Perasaannya sama seperti tinggal di negara empat musim dan melompat kegembiraan ketika tiba musim panas. Namun, tetap tidak boleh kalah kepada penduduk Amsterdam, Belanda yang akan ber"mandi" cahaya matahari ketika musim panas. Kredit Foto: DutchAmsterdam.nl Kerusi disusun menghadap ke arah jalan dan mereka duduk berderet seperti menonton wayang gambar. Keadaan ini berlaku pada hampir semua kafe. Pertama kali melihat pemandangan seperti ini di Amsterdam, saya dan ibu terpinga-pinga. Terdetik dalam hati, "Adakah mereka sedang menonton wayang pacak?" Serentak kepala dipusing mencari wayang gambar, namun langsung tidak kelihatan. Rupanya, mereka meraikan kedatangan mata

Keretapi Trans Siberia

Image
Mengembara ke ranah (baca: tanah) dunia ini tidak terhad pada satu cara. Ada yang suka terbang. Ada yang suka menaiki keretapi. Ada yang suka berjalan kaki. Ketika membaca blog FiveFeetFlat.net, saya terjumpa entri ini . (Blog ini ditulis bekas wartawan NST yang sudah pun menaiki keretapi Trans Siberia ini. Wanita juga :) ) Kredit Foto: Seat61 Lalu, terus saya berangan-angan menaiki keretapi daripada St Petersburg, Rusia bagi pulang ke Malaysia. Angan-angan itu percuma sahaja. Waida Yusof, 6 Nov 2012 KL

Budaya Berkeretapi

Image
Kredit Foto: Jen "Di sana, budak sekolah rendah pun naik keretapi seorang diri!" Cerita adik saya yang baru tiba petang itu. Dia mengikuti rombongan pertukaran pelajar sekolahnya ke Hokkaido, Jepun. Al-kisahnya, ketika dia dan 14 rakan sekolahnya ada di sana, dua daripada mereka sesat. Sepatutnya, mereka semua berkumpul di stesen keretapi laju (Shinkansen). Rupa-rupanya, mereka sesat apabila diminta pergi sendiri ke stesen keretapi laju menaiki tram. Kebetulan pula, pada hari kejadian, tram rosak dan mereka terpaksa bertukar-tukar tram. Kata adik saya, dua orang kawannya itu hampir menangis. Syukurlah, mereka mendapat bantuan daripada polis. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam hal ini. Bukan keluarga angkat kerana tidak menghantar pelajar-pelajar itu ke stesen. Bukan juga dua pelajar itu yang tersesat ketika mencari keretapi. Ia hanya kisah budaya pengangkutan dari dua negara berbeza! :) Waida Yusof 4 Nov 2012 Selangor

Berbeza Tapi Serumpun

Image
Tiga kata berbeza, namun serumpun. Di atas bot ketika menyusuri Loch Ness, Scotland Di Ireland, tasik dipanggil Lough. Di Scotland, mereka memanggilnya Loch. Di England pula, kita mengenalinya sebagai Lake. Waida Yusof, 1 Nov 2012 Bangi

[Tip] Mencari Bilik Di Luar Negara

Image
Rumah tumpangan lima bintang, Kew House "Bagaimana kamu cari bilik ketika mengembara?" Pernah seorang rakan bertanya ketika saya baru sahaja pulang dari Eropah. Dan, apabila dijawab pertanyaan itu dengan "Cari di Internet", yang bertanya itu lantas terkejut besar. Namun, pencarian itu bukan dengan terjah kosong. Sebaliknya, resipinya adalah 70 % Internet + 10% Gerak hati + 20% Tawakal = 100% Bilik Terbaik Justeru, mohon berkongsi satu tip yang digunakan. Biasanya, selepas menyenarai-pendek rumah tumpangan yang ingin diduduki, emel akan dihantar kepada mereka dengan TIGA tujuan:- 1 - Bertanyakan bilik yang ingin ditempah ( Tujuan utama ) 2 - Melihat mutu servis pelanggan dari tempoh dan gaya menjawab emel ( Tujuan tidak langsung ) 3 - Mengetahui tahap kefasihan bahasa pemilik rumah tumpangan ( Tujuan tidak langsung ) (Tujuan no 3 itu, saya gunakan ketika ingin pergi ke tempat yang bukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama) Terim

Rabu Tanpa Kata: Trivia Malaysia

Image
Petikan dari e-buku Lonely Planet: Southeast Asia on Shoestring Travel Budget - Malaysia Chapter . Ketawa seorang diri membaca kotak trivia tentang Malaysia ini. Waida Yusof, 17 Oktober 2012 Kuala Lumpur

Jenis-Jenis Travel Writing

Image
Membaca buku " Travel Writer " tulisan Tuan Yudasmoro, buat saya terinspirasi. Katanya, "Seseorang itu menulis tentang travel bukan kerana dia suka travel , tetapi menulis." Terpana saya saat membaca kata-katanya. (Insaf sebentar...) Oh ya, artikel-artikel beliau sering dipaparkan di media, antaranya Garuda Inflight, Jalan-Jalan, Aplaus the Lifestyle, dan Getaway. Dalam buku ini, beliau ada berkongsi empat jenis travel writing . 1. Jurnalisme Sastera - gaya penulisan yang ditulis menggunakan gaya bahasa sastera. 2. Jurnalisme Naratif - gaya penulisan yang bergerak mengikut plot. 3. Tulisan Feature - gaya penulisan yang fokus kepada peristiwa atau topik tertentu. 4. Wawancara Lalu, sebenarnya travel writing ini luas dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. Selamat menulis! ^__^ Waida Yusof, 9 Oktober 2012 Bangi

Lelaki dari Tangkuban Perahu Itu

Image
Lelaki itu tega mengikut kami dari belakang sambil menjinjing barang bawaannya. Tasbih-tasbih dan gelang-gelang yang diperbuat daripada batu tempatan yang berwarna hitam. Pada awalnya, saya tidak mempedulikan kehadirannya. Namun, dia tetap setia mengikut kami dari belakang. Kawah Ratu, Tangkuban Perahu, Bandung, Indonesia (Ya, itu asap dari gunung berapi yang masih "hidup") Saat kami mendaki laluan bertangga di Tangkuban Perahu itu, dia setia menjadi penunjuk jalan. Saat kami bergilir-gilir bergambar, dia pasti menawarkan diri mengambilkan gambar buat kami. Saat kami berbincang sesama sendiri, dia pasti menyampuk memberi informasi tanpa diminta. Akhirnya, saya tidak mampu lagi berbuat tidak peduli kepada kewujudan lelaki ini, biarpun sudah dipesan supir (pemandu) awal tadi supaya berpura-pura tidak sedar kewujudan mereka. Mungkin kata-katanya, "Saya hanya dapat datang ke sini seminggu sekali. Selain saya, ada 1999 orang yang berdaftar bagi tugas ini," yang mem

Kawan Baru Di Ukraine

Image
Hari ini, tersenyum-senyum saya tatkala membuka emel. (Siapa tahu suatu hari nanti, saya akan dapat ke Ukraine. Amin!) Maklumat projek PostCrossing di sini. Waida Yusof 19 Sept 2012 Kuala Lumpur

Tandas

Entah mengapa, malam ini saya teringat peristiwa nan satu ini. Kisah tentang tandas. Ya, kisah mencari tandas saat mengembara ke Ireland. Waktu itu, saya, adik dan ibu dalam perjalanan pulang dari Killarney ke Galway. Tiba-tiba, penumpang saya berkata dengan suara tertahan-tahan, "Kita cari tandas, boleh?" Kereta terus dibelok ke arah simpang keluar terdekat, Bunratty. Pitstop pertama, stesen minyak. Tiada tandas. Pitstop kedua, stesen minyak kedua. Tiada juga. Pitstop ketiga, tempat lawatan. Bunratty Castle & Folk Park. Ya, tandas ada di kedai cenderamata (sambil berpura-pura menjadi pelawat tempat ini). Akhirnya, membeli juga cenderamata di tempat ini. Tips Kembara: 1. Cari tandas di mana pelawat/pelancong berkumpul. 2. Stesen minyak bukan tempat mencari tandas :) Tips Kembara Bonus: Jika ke Bunratty Castle, bertentangan dengan tempat ini ada dijual sweater bulu kambing Arann dengan harga berpatutan :) Blarney Woolen Mills. Waida Yusof

Kata-kata Hikmat Penjelajah

Antara blog kembara yang saya ikuti sekarang adalah, blog Fatt dari BackpackerBusuk . Jelajah beliau yang terkini dikongsi di blog adalah di Chengdu, Cina . Jujur, terinspirasi saat membaca blognya. Kagum juga dengan kegigihannya menulis cerita-cerita kembaranya satu per satu. Hanya satu yang saya mahu kongsikan (yang diceduk dari sana). "When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable - Clifton Fadiman." Terjemahannya, "Saat mengembara, negara asing tidak pernah dan tidak akan membuat kita selesa. Sebaliknya, negara itu direka supaya rakyatnya yang selesa, bukan kita." Sungguh benar kata-kata ini! Waida Yusof, 3 Sept 2012 Bangi, Selangor

Sistem Keretapi di Belanda

Image
2011, saya ke Amsterdam dan menaiki tram sahaja. 2012 pula, saya ke Amsterdam dan Maastricht di Belanda. Kali ini, menaiki sprinter dan Intercity pula. Selepas kejadian sesat dan terlajak, baru saya memahami serba sedikit sistem keretapi di sini. Ringkasnya, ada 5 jenis sistem keretapi. 1. Metro - serupa LRT bawah tanah di negara kita. 2. Tram - serupa LRT, tetapi di atas jalan raya. Tiket tram dengan konsep masa ( kredit foto ) 3. Sprinter - keretapi dengan trek khusus (serupa komuter) Saya gunakan sprinter ketika mahu ke Zaanse Schans ( kredit foto ) 4. Intercity (IC) - keretapi antarabandar. Laju dengan perhentian terhad di bandar besar. Naik keretapi ini jika mahu jimat wang tambang! (bagi perjalanan jarak jauh) ( kredit foto ) 5. Fyra - keretapi laju jarak jauh tanpa henti. Naik keretapi ini jika mahu jimatkan masa perjalanan (bagi perjalanan jarak jauh) ( kredit foto ) (Boleh dikatakan rata-rata bandar di Eropah juga menggunakan sistem keretapi seper

Apa Souvenir Popular di Malaysia?

Dua tiga hari ini, saya berulang-alik ke pejabat pos. Menghantar poskad kepada sahabat baru di Belarus, Poland, USA, Rusia dan Ukraine :) (Gara-gara menyertai projek PostCrossing.com ) Seorang sahabat baru saya di Rusia memohon saya menulis cenderamata popular di negara ini ketika menghantar poskad kepadanya. Termenung saya memikirkannya. Ya. Apa cenderamata paling popular di Malaysia? Kata Vika, Rusia terkenal dengan matryoshkas . Praha pula terkenal dengan anak patung marionette . Lalu, Malaysia pula apa? (Pada mulanya, saya mahu membalas, makanan kami lebih popular daripada cenderamata. Hehe) Akhirnya, saya membalas, "Kain Batik" :) Dan, menambah di bawah, "Cenderamata popular kami sebenarnya mengikut negeri. Lain negeri lain cenderamatanya." Waida Yusof 29 Ogos 2012 Kuala Lumpur

Kapten Bas di Singapura

"Lihat pada dinding bas itu!" Saya menjerit kepada teman sekembara, Gee. Serentak itu, dia menoleh. Walau menoleh, tangannya tidak pernah lepas memegang kamera DSLR-nya itu. Pada dinding itu, terlihat sekeping notis bertulis "Kapten Bas". Ya, Kapten Bas dan bukan Pemandu Bas. Sungguh, saya tahu kini, bagaimana memuliakan satu jawatan yang dianggap rendah pada mata manusia. Semuanya hanya dengan kata-kata. Fikir-fikir, andai pemandu kapal terbang dipanggil juruterbang dan dianggap gah, mengapa tidak pemandu bas juga dipanggil kapten? Waida Yusof 25 Ogos 2012 Bangi, Selangor

Masak Kek Di Kelantan?

Kelantan. Negeri ini sangat dekat dalam jiwa saya. Kerananya, saya menjadi anak dagang buat pertama kali. Setiap kali bercerita tentang Kelantan, antara kisah yang muncul di memori adalah kisah "Baking" di Kelantan. Kisah ini bermula ketika adinda-adinda sedorm asyik berbual sesama mereka, dan terdengarlah perkataan "baking". Kehairanan, lantas, saya bertanya kepada mereka, "Kamu mahu masak kek?" Ketawa adinda-adinda sedorm saya terus pecah! Bergegar seluruh dorm dibuatnya. "Baking" yang saya sangka itu, rupa-rupanya adalah "bekeng"! *Maksud bekeng adalah garang. Waida Yusof 23 Ogos 2012 Bangi, Selangor.

Hari Kidal Sedunia

Hari ini 13 Ogos 2012. Apakah istimewanya 13 Ogos ini? Rupanya, hari ini adalah Hari Kidal Sedunia . Bukan hal ini yang mahu saya tuliskan di sini. Sebenarnya, mengingati hari ini, langsung saya teringat saat saya mahu menyewa kereta di Galway, Ireland. Sebaik ternampak saya menulis dengan tangan kiri, pekedai itu menyebut, " Ki-tel " Begitulah kata-kata itu seakan-akan kedengaran di telinga. Rupanya, pekedai itu menyebut perkataan kidal dalam bahasa Gaelic. Dan, hari ini, saya cuba mencari perkataan ini di Google. Rupa-rupanya, ejaannya adalah Ciotogach Waida Yusof, 13 Ogos 2012 Selangor, Malaysia

Cara Orang Sepanyol Cuti Panjang

Image
Senyum. Tatkala saya terjumpa keratan artikel ini di Internet. Kredit: Almeria Anglo Info (Terjemahan: Apabila cuti umum jatuh pada hari Khamis atau Selasa, sudah menjadi kebiasaan yang orang ramai akan mengambil cuti pada hari Jumaat atau Isnin, supaya mendapat cuti yang lebih panjang...) Saya fikir, hanya orang Malaysia sahaja yang akan buat begini! Waida Yusof, 13 Ogos 2012 Selangor, Malaysia