Posts

Showing posts from 2017

Melihat Street Art di Portugal

Image
Saya cabar diri ini melihat sesuatu yang berbeza ketika ke Lisboa (dalam bahasa Inggeris dipanggil Lisbon), Portugal minggu lalu. 
Lalu, saya ternampak poster ini di hostel.

Maka, menapaklah saya dan Nor daripada hostel di Beco dos Apostolos menuju Praca Luis Camoes. Jam 10.30 pagi, sesiapa sahaja yang berminat harus berkumpul di plaza yang dinamakan sempena penyajak terkenal Portugis ini, Luis Vaz de Camoes.

Selain kami berdua, ada beberapa orang juga turut menyertai kumpulan kami pada pagi hujan renyai-renyai itu.

Ada Stephanie, wanita yang saya jangka berusia sekitar 40-an. Kami baru sahaja mengenalinya sejam yang lalu di Lost Inn Hostel, Lisbon. Terbata-bata dia menerangkan dengan kosa kata Inggeris ringkas yang dia baru tiba di bandar ini malam semalam. (Lebih baik sedikit daripada kami yang baru tiba di situ jam 7 pagi).

Ada pula sepasang suami isteri daripada Australia. Kedua-duanya pernah ke Kuala Lumpur dan suka makanan Malaysia. Sang suami sebenarnya bukan peminat street art, …