Posts

Showing posts from September, 2012

Kawan Baru Di Ukraine

Image
Hari ini, tersenyum-senyum saya tatkala membuka emel.



(Siapa tahu suatu hari nanti, saya akan dapat ke Ukraine. Amin!)

Maklumat projek PostCrossing di sini.

Waida Yusof
19 Sept 2012
Kuala Lumpur

Tandas

Entah mengapa, malam ini saya teringat peristiwa nan satu ini.

Kisah tentang tandas.

Ya, kisah mencari tandas saat mengembara ke Ireland.

Waktu itu, saya, adik dan ibu dalam perjalanan pulang dari Killarney ke Galway.

Tiba-tiba, penumpang saya berkata dengan suara tertahan-tahan, "Kita cari tandas, boleh?"

Kereta terus dibelok ke arah simpang keluar terdekat, Bunratty.

Pitstop pertama, stesen minyak.

Tiada tandas.

Pitstop kedua, stesen minyak kedua.

Tiada juga.

Pitstop ketiga, tempat lawatan. Bunratty Castle & Folk Park.

Ya, tandas ada di kedai cenderamata (sambil berpura-pura menjadi pelawat tempat ini).

Akhirnya, membeli juga cenderamata di tempat ini.

Tips Kembara:

1. Cari tandas di mana pelawat/pelancong berkumpul.
2. Stesen minyak bukan tempat mencari tandas :)

Tips Kembara Bonus:

Jika ke Bunratty Castle, bertentangan dengan tempat ini ada dijual sweater bulu kambing Arann dengan harga berpatutan :) Blarney Woolen Mills.

Waida Yusof
3 Sept 2012
Bangi, Sela…

Kata-kata Hikmat Penjelajah

Antara blog kembara yang saya ikuti sekarang adalah, blog Fatt dari BackpackerBusuk.

Jelajah beliau yang terkini dikongsi di blog adalah di Chengdu, Cina.

Jujur, terinspirasi saat membaca blognya. Kagum juga dengan kegigihannya menulis cerita-cerita kembaranya satu per satu.

Hanya satu yang saya mahu kongsikan (yang diceduk dari sana).

"When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable - Clifton Fadiman."

Terjemahannya,

"Saat mengembara, negara asing tidak pernah dan tidak akan membuat kita selesa. Sebaliknya, negara itu direka supaya rakyatnya yang selesa, bukan kita."

Sungguh benar kata-kata ini!

Waida Yusof,
3 Sept 2012
Bangi, Selangor