Posts

Showing posts with the label Maastricht

Aqui Maastricht, Rumah Sewa Mesra Alam

Image
"Selamat datang ke Maastricht." Seorang wanita berusia menyambut kedatangan kami di hujung anak tangga. Saya mendongak ke atas. Tangga berpilin-pilin dan tinggi melangit terbentang di hadapan kami. Tangga yang sinonim dengan rumah-rumah di Belanda. Mujurlah saya menempah bilik di tingkat pertama Aqui Maastricht ini. Melihat saya berpaling kepada beg, pantas Annemiek, wanita berusia namun kekal cantik itu berkata, "Biarkan sahaja beg kamu di situ. Saya akan minta orang angkatkan bagasi kamu nanti. Sementara itu, mari saya tunjukkan bilik kamu." Kami menaiki tangga. Rupa-rupanya, tingkat satu yang disebut itu adalah tingkat dua. Sekali lagi, bersyukur tidak menempah bilik di tingkat tiga. Jika tidak, kasihan sekali kepada ibu (dan saya juga). Annemiek membuka pintu bilik berwarna putih itu. Wah, bilik ini seperti bilik showroom IKEA! Agaknya, Annemiek memang peminat barang-barang IKEA. Itu telahan awal saya. Rupa-rupanya, memang benar. Cawan-cawan di...

Maastricht, Kota Kecil Belanda

Image
Bulan Jun 2012 lalu, datang peluang saya bertandang ke Belanda buat kali kedua. Kali pertama, saya hanya berkesempatan ke Amsterdam. Lalu, saya mencari peluang ke bandar-bandar berdekatan. Akhirnya, pilihan saya jatuh kepada sebuah kota bernama Maastricht. Lokasinya unik. Bandar ini di"kepit" tiga negara; Belanda, Jerman dan Belgium. Keretapi ke Brussels, Belgium pun hanya dua jam. Begitu juga keretapi ke Aachen, bandar terdekat di Jerman. Seperti bandar-bandar lain di Eropah (dan dunia), kota ini terletak di tepi sebatang sungai. Lebar sungai ini memungkinkan beberapa kapal kecil melaluinya. Namun, bagi kapal-kapal besar, mungkin 2 ke 3 buah sahaja, sementelah mereka harus melalui terusan khas. Jambatan ini ada dua bahagian. Bahagian pertama kedudukannya tetap. Bahagian kedua, jambatan itu boleh berubah ketinggian. Oh ya, kebetulan saya dapat menyaksikan terusan khas itu beroperasi apabila sebuah kapal baj mahu melepasi jambatan ini. Mula-mula sekali, jambatan itu akan me...