Posts

Showing posts with the label Trivia Travel

Trivia: Negeri Apa Ada 2 Ibu Negeri?

Image
Satu lagi " penyakit" yang muncul ketika jarang travel adalah membuka WikiTravel dan Wikipedia... Tempoh hari., ada kaki backpackers dari group Facebook Malaysian Backpackers Community (MBC) bercerita tentang travel ke Leh di Ladakh. Leh? Ladakh? Blur, jadi terus buka iPod Touch dan google "Ladakh", lalu terjumpalah satu trivia menarik. Negeri apakah yang memiliki dua ibu negeri? Jujurnya, tidak pernah terlintas di kepala ini akan wujudnya situasi yang memungkinkan ada 2 ibu negeri dalam satu negeri. Misalnya, di Selangor, Shah Alam akan sentiasa menjadi ibu kota (atau ibu negeri) bukan? Namun tidak bagi Jammu dan Kashmir, negeri paling utara di India berhampiran gunung Himalaya. Gunung bersalji bukan ada di Switzerland sahaja Apabila musim panas, kota Srinagar akan menjadi ibu negeri dan apabila musim sejuk tiba, kota Jammu pula yang menjadi ibu negeri. (Tidak penatkah mereka (baca: pegawai kerajaan) berpindah-randah? Hehe) Terus tempat ini masuk dalam ...