Posts

Showing posts from December, 2012

Jalan Jalan 2012

Image
Kisah doodle Google sepanjang 2012 31 Disember 2012. Tarikh yang nostalgik sifatnya. Lebih nostalgik bila saya teringat catatan nota kecil yang saya tulis dan simpan dalam dompet. Antara yang tertulis di situ, "Melawat sekurang-kurangnya satu (1) negara setiap tahun." Catatan itu saya tulis pada tahun 2009 dan saya terlupa tentangnya, sehinggalah saya mengemas isi dompet pada tahun 2011! Merenung kembali perjalanan sejak tahun catatan itu ditulis.  2009 Beijing, China. Pertama kali ke negara luar bersama keluarga dengan agensi pelancongan.  2010 Singapura. Menjadi "perasmi tidak langsung" kepada Universal Studio Singapore yang baru dibuka. 2011 Mei Trip UK-Eropah pertama meliputi UK (London) , Belanda (Amsterdam) , Belgium (Brugges), Jerman (Munich) dan Republik Czech (Prague). Trip DIY jauh yang pertama. Segalanya diurus sendiri dan kali pertama pergi tanpa keluarga. Baca catatan bebas trip itu di sini .  Julai Padang, Bukit Tinggi & Danau Meni

Rakyat Malaysia Kaki Shopping?

Image
Benar. Adakah rakyat Malaysia memang kuat membeli-belah? Cuci mata dengan deretan beg trendi dan murah di Ireland Penemuan ini saya sedari ketika berbual-bual dengan lelaki Macedonia yang bekerja di sebuah kedai cenderamata di Prague, Republik Czech. Sejauh-jauh tempat yang saya pergi, mudah sahaja pembantu kedai di Prague itu mengecam kami sebagai rakyat Malaysia, walaupun saya tidak membeli apa-apa pun di kedainya. Telahan saya, mungkin rakyat Malaysia antara pengunjung tetap di kedainya yang terletak tidak jauh dari Jambatan Charles itu. Sekali lagi, perkara ini mengundang senyum di hati saya ketika berbual-bual dengan "supir" kami ketika di Bandung, Indonesia . Cerita Pak Supir, "Yang sering datang ke sini ada dua jenis. Jenis yang pertama, banyaknya orang Malaysia. Paling tinggi datangnya sebelum bulan Ramadhan dan Syawal. Biasanya, mereka mahu ke tempat belanja. Lalu, mereka mahu ke Toko Tiga, Pasar Baru, pusat kulit, kedai minyak wangi dan lain-la

Rezeki Dari Langit

Image
Kebaikan yang mengundang senyuman di hati dan bibir. Itulah kebaikan yang dihulurkan orang asing, seperti dalam video ini. Saya juga pernah menerima kebaikan yang serupa. Ketika itu, kami baru sahaja tiba di stesen keretapi utama Prague dengan mata yang terkebil-kebil. Tiba-tiba, kami disapa satu pasangan lelaki dan wanita pertengahan usia. "Kamu tahu berbahasa Inggeris?" Kami bertiga mengangguk. Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas sebesar dua keping setem. Beritahunya, "Ambillah tiket metro 24 jam ini. Tiket ini akan luput esok dan kami sudah mahu pulang." Mesin Pengesah Tiket Metro di Prague ( sumber ) Dia tersenyum dan mereka berlalu pergi. Dan, kami tetap terkebil-kebil di situ, sambil memegang kertas itu di tangan. Inilah namanya rezeki dari langit! Waida Yusof, 14 Disember 2012 Janda Baik