Posts

Showing posts with the label Tips Kembara

Tips Menyusun Gambar Travel

Image
Baru hamba sedar gambar-gambar langit yang di"tangkap" sudah boleh dibuat koleksi! Minggu lepas, hamba menyusun gambar-gambar yang pernah diambil mengikut nama negeri / negara dan tahun bertandang ke sana.  (Rasanya, banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah tetapi kadangkala kita hanya mahu duduk diam-diam dan buat sahaja, seperti orang Kedah akan kata, "Biaq pi lah".) Contoh folder-folder gambar itu adalah seperti di bawah. Subfolder - subfolder ini berada dalam folder bernama "Indonesia". Saya menyusunnya mengikut tahun, kemudian nama tempat yang dikunjungi. Jadi, jika ada kunjungan ke Indonesia lagi, masukkan sahaja subfolder gambar baru itu di sini. Mungkin tempatnya serupa dengan tempat yang sebelum ini, tetapi tetap boleh dibezakan mengikut tahun. Cara ini memudahkan saya yang pelupa tahun bilakah saya ke sesuatu tempat itu. Gambar ini sifatnya mendokumenkan apa yang ada pada waktu kita datang itu. Jika tidak, masak...

Ada Apa Dengan Bologna?

Image
Ini adalah cerita tentang perjalanan ke Bologna yang tidak menjadi. Di manakah Bologna itu? Bologna itu di bahagian utara Itali. Mungkin orang Itali akan berkata begini, "Bologna itu di bahagian atas betis." (Negara Itali berbentuk kaki) Ada apa pula di Bologna? Secara harfiahnya apa yang ada di Bologna, saya pun tidak tahu. Kalian boleh merujuk laman web WikiTravel untuk kita sama-sama lihat apa tarikan pelancong yang ada di Bologna. Apa yang penting, di Bologna saya ada peluang bertemu dengan Oliver Jeffers , pelukis buku yang kacak ini. ( Bukunya yang kacak, bukan penulisnya. ) "The Day the Crayons Quit" Hari yang sesuai untuk krayon berhenti mewarna Setiap tahun, sekitar bulan Mac / April, akan ada pesta buku kanak-kanak di Bologna . Ini adalah pesta meraikan pencipta konten kanak-kanak baik penulis, illustrator atau penterjemah . Memandangkan saya belum direzekikan Tuhan untuk ke sana, di sini saya tuliskan cara-cara yang mungkin untuk se...

Malam Tragis Bersama Keretapi di Swiss

Image
Ini adalah entri sambungan dari Lausanne Itu Bukan Luzern . Berpuluh-puluh tapak di hadapan, tiga lelaki berpakaian seragam asyik berbual di tepi keretapi. Gambar ini diambil ketika tiba di Stesen Keretapi Geneve sehari sebelumnya Serentak tanpa kata, kami berdua menapak menuju ke arah mereka. Cukuplah sekali kami tersilap menaiki keretapi malam ini. Ia juga pelajaran Geografi yang mahal nilainya. Mahal dan sukar ditebus andai a) kami terpaksa bermalam di Luzern b) dan seterusnya, terlepas kapal terbang ke Barcelona, Sepanyo l. Destinasi seterusnya dan terakhir kami malam itu adalah Geneve (Geneva). Keretapi yang akan kami naiki itu juga mungkin keretapi terakhir ke sana. Jadi, kepastian daripada lelaki-lelaki konduktor itu penting kepada kami. Baru separuh menapak, wisel keretapi ditiup! Cemas. Bila-bila masa sahaja, keretapi akan bergerak. Kami mula berlari, biarpun beg berat di belakang. Syukur konduktor itu melihat kami. Dia menggesa kami supaya lebih...

[Tip] Kali Pertama Kembara

Entri ini dikongsi di Twitter Lonely Planet dan ditulis Caz dari ytravelblog.com . 43 TIP BAGI PENGEMBARA KALI PERTAMA Antara yang saya suka, Tip no 40. Belajar mencangkung dalam tandas. Kamu perlukannya. Ketawa seorang diri dan terus kongsikan kepada rakan-rakan. Tip di bawah ini pula perkara baru bagi saya dan saya bersetuju dengannya. Tip no. 43. Bersedia dengan kejutan budaya di tempat sendiri sebaik pulang ke rumah. Tambahan tip daripada saya pula. Tip Pertama , buat salinan passport dan maklumat penting. Simpan di tempat berasingan. Jika passport hilang, salinan dapat digunakan ketika berkunjung ke Kedutaan. Tip Kedua , salin alamat kedutaan di setiap negeri kita pergi, terutamanya, di negara yang jauh seperti Eropah dan US.  Terima kasih Caz kerana sudi berkongsi tip-tip ini! :) Boleh baca senarai penuh 43 tip itu di sini . Waida Yusof, 8 Nov 2012 KL, Malaysia

[Tip] Mencari Bilik Di Luar Negara

Image
Rumah tumpangan lima bintang, Kew House "Bagaimana kamu cari bilik ketika mengembara?" Pernah seorang rakan bertanya ketika saya baru sahaja pulang dari Eropah. Dan, apabila dijawab pertanyaan itu dengan "Cari di Internet", yang bertanya itu lantas terkejut besar. Namun, pencarian itu bukan dengan terjah kosong. Sebaliknya, resipinya adalah 70 % Internet + 10% Gerak hati + 20% Tawakal = 100% Bilik Terbaik Justeru, mohon berkongsi satu tip yang digunakan. Biasanya, selepas menyenarai-pendek rumah tumpangan yang ingin diduduki, emel akan dihantar kepada mereka dengan TIGA tujuan:- 1 - Bertanyakan bilik yang ingin ditempah ( Tujuan utama ) 2 - Melihat mutu servis pelanggan dari tempoh dan gaya menjawab emel ( Tujuan tidak langsung ) 3 - Mengetahui tahap kefasihan bahasa pemilik rumah tumpangan ( Tujuan tidak langsung ) (Tujuan no 3 itu, saya gunakan ketika ingin pergi ke tempat yang bukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama) Terim...

Sistem Keretapi di Belanda

Image
2011, saya ke Amsterdam dan menaiki tram sahaja. 2012 pula, saya ke Amsterdam dan Maastricht di Belanda. Kali ini, menaiki sprinter dan Intercity pula. Selepas kejadian sesat dan terlajak, baru saya memahami serba sedikit sistem keretapi di sini. Ringkasnya, ada 5 jenis sistem keretapi. 1. Metro - serupa LRT bawah tanah di negara kita. 2. Tram - serupa LRT, tetapi di atas jalan raya. Tiket tram dengan konsep masa ( kredit foto ) 3. Sprinter - keretapi dengan trek khusus (serupa komuter) Saya gunakan sprinter ketika mahu ke Zaanse Schans ( kredit foto ) 4. Intercity (IC) - keretapi antarabandar. Laju dengan perhentian terhad di bandar besar. Naik keretapi ini jika mahu jimat wang tambang! (bagi perjalanan jarak jauh) ( kredit foto ) 5. Fyra - keretapi laju jarak jauh tanpa henti. Naik keretapi ini jika mahu jimatkan masa perjalanan (bagi perjalanan jarak jauh) ( kredit foto ) (Boleh dikatakan rata-rata bandar di Eropah juga menggunakan sistem keretapi seper...