August 31, 2012

Sistem Keretapi di Belanda

2011, saya ke Amsterdam dan menaiki tram sahaja.
2012 pula, saya ke Amsterdam dan Maastricht di Belanda. Kali ini, menaiki sprinter dan Intercity pula.

Selepas kejadian sesat dan terlajak, baru saya memahami serba sedikit sistem keretapi di sini.

Ringkasnya, ada 5 jenis sistem keretapi.

1. Metro - serupa LRT bawah tanah di negara kita.

2. Tram - serupa LRT, tetapi di atas jalan raya.


Tiket tram dengan konsep masa (kredit foto)

3. Sprinter - keretapi dengan trek khusus (serupa komuter)


Saya gunakan sprinter ketika mahu ke Zaanse Schans (kredit foto)

4. Intercity (IC) - keretapi antarabandar. Laju dengan perhentian terhad di bandar besar.


Naik keretapi ini jika mahu jimat wang tambang! (bagi perjalanan jarak jauh) (kredit foto)

5. Fyra - keretapi laju jarak jauh tanpa henti.


Naik keretapi ini jika mahu jimatkan masa perjalanan (bagi perjalanan jarak jauh) (kredit foto)

(Boleh dikatakan rata-rata bandar di Eropah juga menggunakan sistem keretapi seperti di atas.)


Waida Yusof
31 Ogos 2012
Bangi, Selangor

No comments:

Post a Comment