Posts

Showing posts from April, 2013

Terima Kasih, Abah

Image
Orang sering menyebut, "Setiap lelaki yang berjaya ada wanita di belakangnya." Mungkin saya dapat tukarkan kata-kata itu seperti ini. "Setiap pengembara ada penyokong tegar di belakangnya." Siapa penyokong tegar setiap kali kalian mengembara? Hanya seorang yang terlintas di kepala, iaitu Abah. Sejak saya mula bekerja dan asyik terbang ke sana sini atas urusan kerja atau peribadi, Abah jualah yang kerap mengambil dan menghantar saya ke lapangan terbang. Dialog setiap kali saya tiba di KLIA atau LCCT sejak tujuh tahun lalu serupa sahaja. "Abah, kak ngah tunggu di sekian-sekian (merujuk kepada tiang bernombor di luar KLIA atau kedai-kedai di LCCT)." Kemudian, Abah akan datang dan menjemput anaknya ini pulang ke rumah tidak kira waktu dan hari. Terima kasih, Abah. Walaupun anakmu ini pernah tersilap beritahu tarikh pulang dari Singapura sehingga Abah menelefon dari rumah bertanya sedang anakmu ini tidur nyenyak di atas katil. Walaupun anakmu ini pernah te

Tempat Wajib Lawat Waktu Travel - Pasar

Image
*Amaran - Jangan baca entri ini ketika sedang makan. Setiap tempat yang saya pergi, saya cuba untuk kunjungi pasar basah dan keringnya. Seperti ada satu keseronokan melihat barang-barang lokal di situ. Lain lokasinya, lain barang lokalnya. Jika di pasar di Portobello Road, London , saya terjumpa (dan beli) buah epal keringnya. Jika di pasar di Bukittinggi, Indonesia , wajib membawa pulang kerepek belinjo pahit-pahit sedap itu. Jika di pasar di Bellacour, Lyon , kami shopping buah strawberi yang kebetulan musimnya. Di Pasar La Boqueria, Barcelona lain pula ceritanya. Ada pisang atau bananito . Ada rambutan. (Lihat semula gambar di atas gambar pisang bagi melihat rambutan. Kasihan penduduk di sini kerana dijual rambutan yang sudah kecut. Mereka patut datang ke Malaysia bagi menikmati rambutan). Ada (deretan) coklat. Ada gula-gula. Ya, ini adalah sejenis candy yang dibentuk seperti buah, roti dan macam-macam lagi. Ada sotong besar. (Kawan saya kata, ini adalah sotong kurita). Ada

Kisah Gila-gila Mac April 2013

Lama saya menyepikan diri. Jujurnya, saya baru pulang dari kegiatan travel gila-gila. 4 hari 3 malam ke Yogyakarta dan terus memandu ke Melaka untuk 2 malam. Selang 4 hari kemudian, saya dan kawan terbang ke Paris untuk trip kali ketiga ke bumi Eropah. Kisah gila-gila Mac-Apr 2013. Ligat berjalan bukan alasan tidak menulis juga sebenarnya. Memang sudah angan-angan saya mahu menulis di blog ini ketika dalam perjalanan, namun belum lagi terlaksana. Cita-cita yang besar, namun banyak tulisan yang tertinggal dalam kepala juga. Nampaknya, saya harus lebih bergigih menulis! Waida Yusof 18 Mac 2013