Posts

Showing posts with the label Cenderamata Popular Rusia dan Praha

Praha Itu Kota Seni

Image
Di Václavské náměstí / Wenceslas Square / Wenzelsplatz Praha atau Prague adalah sebuah kota di Republik Czech. Kota yang seringkali mengingatkan saya tentang apresiasi sebuah seni. Kedai comel di penghujung Jambatan Charles Seni di kota ini datang dalam banyak bentuk, baik bangunan, lukisan atau muzik. Penjual lukisan di Old Town Square Jika bangunan, kota ini ada Jam Astronomi Purba dan Rumah Menari itu. Jika mahu mencari lukisan, sempatkan sahaja diri ke pasar pagi di tengah kota lama itu. Mungkin masih dapat melihat patung nenek kebayan ketawa itu. Dengarnya, ada cerita di sebalik tanda 'peace' ini Jika tidak, berjalan-jalan sahaja di atas jambatan Charles ( selain melihat patung membuat aksi 'peace' ) dan nikmatilah persembahan dari pemuzik-pemuzik jalanan ini. Itu sahaja sudah cukup bagi kita menikmati sebuah seni. Waida Yusof, 13 Julai 2014, KL

Apa Yang Kamu Kumpul Apabila Melancong?

Image
"...yang suka membeli buah tangan untuk sanak saudara, kebanyakannya dari Malaysia dan Turki." Lebih kurang begitulah kata-kata Abah semasa kami menunggu Mak dan Mak Long melihat-lihat barang di tepi Masjid Nabawi. Biasa sahaja kain kanvas jualan dibentang di luar perkarangan masjid selepas tamat waktu solat. Memang asyik membeli ole-ole bagi dibawa pulang. Jika bukan dijadikan hadiah, kadangkala "ole-ole" dibeli untuk disimpan sendiri :) Ada yang membeli (baca: mengumpul) fridge magnet , rantai kunci ( keychain ), poskad, t-shirt I Love , t-shirt Hard Rock Cafe , cawan Starbuck , tin Coca-Cola , suratkhabar, dan lain-lain lagi. Saya juga tidak ketinggalan. Jika dahulu, saya membeli fridge magnet atau sekali sekala, kole setempat yang unik (gigih betul membawa mug dalam bagpack .). Sekarang, saya sudah beralih arah kepada buku bergambar kanak-kanak (BBKK) tempatan. Sekiranya ada rezeki, saya akan terjumpa juga buku-buku yang memuatkan kisah-kisah dongeng setempat...

Apa Souvenir Popular di Malaysia?

Dua tiga hari ini, saya berulang-alik ke pejabat pos. Menghantar poskad kepada sahabat baru di Belarus, Poland, USA, Rusia dan Ukraine :) (Gara-gara menyertai projek PostCrossing.com ) Seorang sahabat baru saya di Rusia memohon saya menulis cenderamata popular di negara ini ketika menghantar poskad kepadanya. Termenung saya memikirkannya. Ya. Apa cenderamata paling popular di Malaysia? Kata Vika, Rusia terkenal dengan matryoshkas . Praha pula terkenal dengan anak patung marionette . Lalu, Malaysia pula apa? (Pada mulanya, saya mahu membalas, makanan kami lebih popular daripada cenderamata. Hehe) Akhirnya, saya membalas, "Kain Batik" :) Dan, menambah di bawah, "Cenderamata popular kami sebenarnya mengikut negeri. Lain negeri lain cenderamatanya." Waida Yusof 29 Ogos 2012 Kuala Lumpur