Magis Dari Tuhan Di Kota Singa
PS: Artikel yang sudah lama ditulis, namun terlupa publish. Membaca "Living A Charmed Life" tulisan Victoria Moran hari ini membuat saya teringat sebuah peristiwa waktu Subuh ketika di Kota Singa. Kredit Foto: Di sini Kata Victoria, "Kita akan menemui keajaiban jika kita mencarinya." Bak kata orang putih, "It's a miracle!" Kata orang kita pula, "Bantuan dari langit!" Sepertimana Tuhan menurunkan bantuan ajaib-Nya ketika perang Khandak. Angin bertiup kencang hingga debu-debu berterbangan dan khemah ranap segalanya. Memang magis dari Tuhan dan kesannya, Islam memenangi perang Khandak itu. Perkara kecil, namun kesannya besar kepada sejarah Islam. Begitulah yang saya rasa saat menerima magis Tuhan ketika di Singapura awal tahun ini. Waktu itu, kami baru sahaja turun dari bas selepas ia tiba di destinasi akhir, Lavender Street. Sedikit lewat daripada jadual, kami tiba di situ melebihi jam 6 pagi. Pantas kami mengangkat b...