Mengkaji Batu di Labuan
Hilang sebentar dari dunia online dengan mengikuti kursus tentang batu di Labuan. Siapa kata di Labuan tiada tempat yang menarik selain membeli-belah coklat? :) Sebahagian daripada lapisan batu-batu yang kami jejaki. Antara lapisan batu pasir yang termampat berjuta, juta, juta tahun dahulu. Kredit Foto: Amirah Raihana Bukan mudah sebenarnya menjadi ahli kaji batu (mujurlah saya bukan. Biarlah saya kekal menjadi jurutera, termasuk menjadi jurutera kata-kata ). Misalnya, tempat ini hanya dapat diakses apabila air laut surut... ...dan, pemandangan begini pula hanya dapat dinikmati selepas kita berjalan meredah hutan, memanjat bukit dan melintas di celah-celah belakang rumah orang. Cerita Farah, si ahli kaji batu, "Boleh sahaja kami berkampung sebulan di sini bagi mengkaji batu." Namun, kepenatan itu terbayar apabila berjumpa benda-benda " rare " seperti ini :) Fosil yang terbentuk pada batu. Lumpur yang naik ke permukaan dari dalam bumi. Jika mahu, bol...