Posts

Showing posts with the label Prague

Praha Itu Kota Seni

Image
Di Václavské náměstí / Wenceslas Square / Wenzelsplatz Praha atau Prague adalah sebuah kota di Republik Czech. Kota yang seringkali mengingatkan saya tentang apresiasi sebuah seni. Kedai comel di penghujung Jambatan Charles Seni di kota ini datang dalam banyak bentuk, baik bangunan, lukisan atau muzik. Penjual lukisan di Old Town Square Jika bangunan, kota ini ada Jam Astronomi Purba dan Rumah Menari itu. Jika mahu mencari lukisan, sempatkan sahaja diri ke pasar pagi di tengah kota lama itu. Mungkin masih dapat melihat patung nenek kebayan ketawa itu. Dengarnya, ada cerita di sebalik tanda 'peace' ini Jika tidak, berjalan-jalan sahaja di atas jambatan Charles ( selain melihat patung membuat aksi 'peace' ) dan nikmatilah persembahan dari pemuzik-pemuzik jalanan ini. Itu sahaja sudah cukup bagi kita menikmati sebuah seni. Waida Yusof, 13 Julai 2014, KL