Posts

Showing posts from October, 2012

[Tip] Mencari Bilik Di Luar Negara

Image
"Bagaimana kamu cari bilik ketika mengembara?"

Pernah seorang rakan bertanya ketika saya baru sahaja pulang dari Eropah. Dan, apabila dijawab pertanyaan itu dengan "Cari di Internet", yang bertanya itu lantas terkejut besar.

Namun, pencarian itu bukan dengan terjah kosong. Sebaliknya, resipinya adalah

70 % Internet + 10% Gerak hati + 20% Tawakal = 100% Bilik Terbaik

Justeru, mohon berkongsi satu tip yang digunakan.

Biasanya, selepas menyenarai-pendek rumah tumpangan yang ingin diduduki, emel akan dihantar kepada mereka dengan TIGA tujuan:-

1 - Bertanyakan bilik yang ingin ditempah (Tujuan utama)

2 - Melihat mutu servis pelanggan dari tempoh dan gaya menjawab emel (Tujuan tidak langsung)

3 - Mengetahui tahap kefasihan bahasa pemilik rumah tumpangan (Tujuan tidak langsung)

(Tujuan no 3 itu, saya gunakan ketika ingin pergi ke tempat yang bukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama)

Terima kasih kepada Tuhan, setakat ini, perjalanan saya diberkati Allah dan …

Rabu Tanpa Kata: Trivia Malaysia

Image
Petikan dari e-buku Lonely Planet: Southeast Asia on Shoestring Travel Budget - Malaysia Chapter.



Ketawa seorang diri membaca kotak trivia tentang Malaysia ini.

Waida Yusof,
17 Oktober 2012
Kuala Lumpur

Jenis-Jenis Travel Writing

Image
Membaca buku "Travel Writer" tulisan Tuan Yudasmoro, buat saya terinspirasi.

Katanya, "Seseorang itu menulis tentang travel bukan kerana dia suka travel, tetapi menulis."

Terpana saya saat membaca kata-katanya. (Insaf sebentar...)

Oh ya, artikel-artikel beliau sering dipaparkan di media, antaranya Garuda Inflight, Jalan-Jalan, Aplaus the Lifestyle, dan Getaway.

Dalam buku ini, beliau ada berkongsi empat jenis travel writing.

1. Jurnalisme Sastera - gaya penulisan yang ditulis menggunakan gaya bahasa sastera.

2. Jurnalisme Naratif - gaya penulisan yang bergerak mengikut plot.

3. Tulisan Feature - gaya penulisan yang fokus kepada peristiwa atau topik tertentu.

4. Wawancara

Lalu, sebenarnya travel writing ini luas dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.

Selamat menulis! ^__^

Waida Yusof,
9 Oktober 2012
Bangi

Lelaki dari Tangkuban Perahu Itu

Image
Lelaki itu tega mengikut kami dari belakang sambil menjinjing barang bawaannya. Tasbih-tasbih dan gelang-gelang yang diperbuat daripada batu tempatan yang berwarna hitam.

Pada awalnya, saya tidak mempedulikan kehadirannya. Namun, dia tetap setia mengikut kami dari belakang.

Kawah Ratu, Tangkuban Perahu, Bandung, Indonesia (Ya, itu asap dari gunung berapi yang masih "hidup")
Saat kami mendaki laluan bertangga di Tangkuban Perahu itu, dia setia menjadi penunjuk jalan.

Saat kami bergilir-gilir bergambar, dia pasti menawarkan diri mengambilkan gambar buat kami.

Saat kami berbincang sesama sendiri, dia pasti menyampuk memberi informasi tanpa diminta.

Akhirnya, saya tidak mampu lagi berbuat tidak peduli kepada kewujudan lelaki ini, biarpun sudah dipesan supir (pemandu) awal tadi supaya berpura-pura tidak sedar kewujudan mereka.

Mungkin kata-katanya, "Saya hanya dapat datang ke sini seminggu sekali. Selain saya, ada 1999 orang yang berdaftar bagi tugas ini," yang membuat saya a…