October 21, 2012

[Tip] Mencari Bilik Di Luar Negara

Rumah tumpangan lima bintang, Kew House
"Bagaimana kamu cari bilik ketika mengembara?"

Pernah seorang rakan bertanya ketika saya baru sahaja pulang dari Eropah. Dan, apabila dijawab pertanyaan itu dengan "Cari di Internet", yang bertanya itu lantas terkejut besar.

Namun, pencarian itu bukan dengan terjah kosong. Sebaliknya, resipinya adalah

70 % Internet + 10% Gerak hati + 20% Tawakal = 100% Bilik Terbaik

Justeru, mohon berkongsi satu tip yang digunakan.

Biasanya, selepas menyenarai-pendek rumah tumpangan yang ingin diduduki, emel akan dihantar kepada mereka dengan TIGA tujuan:-

1 - Bertanyakan bilik yang ingin ditempah (Tujuan utama)

2 - Melihat mutu servis pelanggan dari tempoh dan gaya menjawab emel (Tujuan tidak langsung)

3 - Mengetahui tahap kefasihan bahasa pemilik rumah tumpangan (Tujuan tidak langsung)

(Tujuan no 3 itu, saya gunakan ketika ingin pergi ke tempat yang bukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama)

Terima kasih kepada Tuhan, setakat ini, perjalanan saya diberkati Allah dan dilorongkan sentiasa bertemu dengan pemilik rumah tumpangan yang baik hati dan interesting perwatakan mereka.

Waida Yusof,
21 Oktober 2012
KL

No comments:

Post a Comment