Posts

Showing posts from June, 2014

Impian Ramadhan 1435H

Image
1 Ramadhan datang lagi.

Saya doakan Ramadhan kali ini membawa perubahan besar kepada kita semua. Amin, amin.

Pada petang 1 Ramadhan ini, saya berfikir yang angan-angan berpuasa, berterawih dan beraya di perantauan masih belum terlunas. 
Mungkinkah sudah tiba masanya untuk berhijrah ke luar negara? (hehe)

Waida Yusof, 1 Ramadhan 1435H
KL

PS: Sudah jam 4 petang. Sebentar lagi, harus ke Param (atau Pasar Ramadhan). Perkataan yang hanya muncul dalam bulan istimewa ini.
PSS: Tiada kaitan pun sebenarnya gambar kota Granada dengan entri kali ini.

Tenang dalam Hidup

Image
"Beritahu saya, apa simple pleasure dalam hidup kamu?"

Wanita itu bertanya kami semua sebelum kami memulakan kursus. Kata wanita itu, "Simple pleasure dalam hidupnya apabila dia dapat mendengar bunyi laut. Jadi, saya akan usahakan setiap hujung minggu untuk ke tepi laut."


Jawapan orang lain pula ada pelbagai bentuk.

"...apabila makan."
"...apabila bercucuk tanam."
"...apabila melihat anak-anak saya tersenyum."
"...apabila melakukan kod programming."
"...apabila menyelam."

Lain orang, lain simple pleasure dalam hidup mereka rupanya.

Pada masa itu, saya menjawab, "Simple pleasure dalam hidup saya apabila berbual-bual dengan orang yang saya tidak fahami bahasanya ketika travel."

Seperti saya berbual-bual dengan lelaki Arab ini di dalam m├ętro di Paris tahun lalu.


Apabila difikirkan semula, rasa itu tidak semestinya datang ketika mengembara. Ada banyak perkara yang mendorong rasa itu datang. Misalnya, ketika

me…

Mekong Nadi Rezeki Asia Tenggara

Image
"Siapa tahu Sungai Mekong ini melalui berapa buah negara? Sungai ini sungai nombor berapa terpanjang di dunia dan di Asia?"

Bertalu-talu soalan yang diutarakan ketua kumpulan kami (merangkap pemandu pelancong) pada petang itu, ketika kami menyusuri Sungai Mekong ini.


Namun, tiada siapa yang mampu menjawab soalan Encik Salleh Lee pada waktu itu.

Yang saya tahu, hanya 2 negara; iaitu Thailand dan Kemboja. Rupa-rupanya tekaan saya salah.

Sungai yang ketujuh terpanjang di Asia ini melalui enam (6) buah negara. Bermula di China, kemudian melalui Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan akhir sekali, Vietnam.

Langsung saya tidak sangka.

Sungai ini walaupun tidak selebar mana, namun mampu menjangkau sejauh 4 ribu kilometer lebih.

Entah berapa jutaan manusia yang sudah bergantung hidup dan rezeki pada sungai ini.

Sudah tentulah, di antaranya adalah pemandu bot kami ini.

Waida Yusof, 6 Jun 2014 KL