June 6, 2014

Mekong Nadi Rezeki Asia Tenggara

Saat-saat matahari terbenam di Sungai Mekong, Kemboja

"Siapa tahu Sungai Mekong ini melalui berapa buah negara? Sungai ini sungai nombor berapa terpanjang di dunia dan di Asia?"

Bertalu-talu soalan yang diutarakan ketua kumpulan kami (merangkap pemandu pelancong) pada petang itu, ketika kami menyusuri Sungai Mekong ini.

Deretan perahu memenuhi pesisir Sungai Mekong

Namun, tiada siapa yang mampu menjawab soalan Encik Salleh Lee pada waktu itu.

Yang saya tahu, hanya 2 negara; iaitu Thailand dan Kemboja.
Rupa-rupanya tekaan saya salah.

Sungai yang ketujuh terpanjang di Asia ini melalui enam (6) buah negara. Bermula di China, kemudian melalui Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan akhir sekali, Vietnam.

Langsung saya tidak sangka.

Sungai ini walaupun tidak selebar mana, namun mampu menjangkau sejauh 4 ribu kilometer lebih.

Entah berapa jutaan manusia yang sudah bergantung hidup dan rezeki pada sungai ini.

Sudah tentulah, di antaranya adalah pemandu bot kami ini.


Waida Yusof,
6 Jun 2014
KL

No comments:

Post a Comment