Posts

Showing posts with the label Kembara Singapura

Magis Dari Tuhan Di Kota Singa

Image
PS: Artikel yang sudah lama ditulis, namun terlupa publish.  Membaca "Living A Charmed Life" tulisan Victoria Moran hari ini membuat saya teringat sebuah peristiwa waktu Subuh ketika di Kota Singa. Kredit Foto: Di sini Kata Victoria, "Kita akan menemui keajaiban jika kita mencarinya." Bak kata orang putih, "It's a miracle!" Kata orang kita pula, "Bantuan dari langit!" Sepertimana Tuhan menurunkan bantuan ajaib-Nya ketika perang Khandak. Angin bertiup kencang hingga debu-debu berterbangan dan khemah ranap segalanya. Memang magis dari Tuhan dan kesannya, Islam memenangi perang Khandak itu. Perkara kecil, namun kesannya besar kepada sejarah Islam. Begitulah yang saya rasa saat menerima magis Tuhan ketika di Singapura awal tahun ini. Waktu itu, kami baru sahaja turun dari bas selepas ia tiba di destinasi akhir, Lavender Street. Sedikit lewat daripada jadual, kami tiba di situ melebihi jam 6 pagi. Pantas kami mengangkat b...

Sebuah Lif Di Kota Singa

Image
Aneh. Andai ditanya, apakah tempat paling diingati tatkala melawat satu-satu negara, saya tidak ada jawapannya. Malah, mungkin saya lupa apakah nama tempat itu sehingga saya mencarinya semula di Google Map. Memang saya bukan calon pemandu pelancong yang bagus. Sebaliknya, saya akan teringat orang yang saya jumpa atau benda-benda unik dan pelik di sana. Misalnya, jika menyebut Singapura, saya akan teringat sebuah lif apartmen yang hanya berhenti di setiap tiga tingkat.  Pemandangan tipikal di kawasan perumahan Singapura. Kredit Foto . Jika bangunan itu setinggi 12 tingkat, lif itu hanya akan berhenti di tingkat 3, 6, 9, dan 12. Jadi, jika kita mahu ke tingkat 4, kita boleh naik lif sehingga ke tingkat 3, kemudian panjat anak tangga ke tingkat 4. Boleh juga kita naik lif ke tingkat 6, dan turun ke tingkat 4 dengan anak tangga. Tepuk dada dan pilih jalan sendiri kita mahu. Sehingga sekarang, saya masih kagum dengan konsep lif sebegini. Terfikir pula, jurutera manakah yang menci...

Kapten Bas di Singapura

"Lihat pada dinding bas itu!" Saya menjerit kepada teman sekembara, Gee. Serentak itu, dia menoleh. Walau menoleh, tangannya tidak pernah lepas memegang kamera DSLR-nya itu. Pada dinding itu, terlihat sekeping notis bertulis "Kapten Bas". Ya, Kapten Bas dan bukan Pemandu Bas. Sungguh, saya tahu kini, bagaimana memuliakan satu jawatan yang dianggap rendah pada mata manusia. Semuanya hanya dengan kata-kata. Fikir-fikir, andai pemandu kapal terbang dipanggil juruterbang dan dianggap gah, mengapa tidak pemandu bas juga dipanggil kapten? Waida Yusof 25 Ogos 2012 Bangi, Selangor