Posts

Showing posts with the label Kembara Switzerland

Pesta Ski Di Puncak Swiss

Image
2 April 2013. Rezeki kami pagi itu murah. Biarpun suhu 1 darjah Celcius, hari itu, cuaca bermula cerah. Matahari juga tidak segan silu untuk keluar memancarkan sinarnya. Mudah kami memulakan perjalanan sehari ke puncak Jungfraujoch di Switzerland dan pulang ke Geneva malam itu juga . Sebaik keluar dari hostel , rupa-rupanya bukan kami sahaja yang mahu ke puncak. Banyak pula orang tempatan mengambil kesempatan ini bermain ski di puncak pergunungan Alps. Penuh dengan pemain ski di sepanjang trek keretapi stesen Wilderswil ini.  Berduyun-duyun seperti pesta sehingga saya dan kawan pula rasa kekok tidak sama-sama bermain ski. Tempat meletak papan luncur ski di dalam keretapi Seronok memerhatikan mereka. Yang kanak-kanak, inilah masanya mereka berjinak-jinak dengan dunia ski. Yang remaja, mencabar diri dengan bermain ski dari tempat tinggi. Naik kereta kabel ke tempat tinggi dan mula meluncur turun! Yang dewasa pula, emmm.. membuang salji dari bu...

Malam Tragis Bersama Keretapi di Swiss

Image
Ini adalah entri sambungan dari Lausanne Itu Bukan Luzern . Berpuluh-puluh tapak di hadapan, tiga lelaki berpakaian seragam asyik berbual di tepi keretapi. Gambar ini diambil ketika tiba di Stesen Keretapi Geneve sehari sebelumnya Serentak tanpa kata, kami berdua menapak menuju ke arah mereka. Cukuplah sekali kami tersilap menaiki keretapi malam ini. Ia juga pelajaran Geografi yang mahal nilainya. Mahal dan sukar ditebus andai a) kami terpaksa bermalam di Luzern b) dan seterusnya, terlepas kapal terbang ke Barcelona, Sepanyo l. Destinasi seterusnya dan terakhir kami malam itu adalah Geneve (Geneva). Keretapi yang akan kami naiki itu juga mungkin keretapi terakhir ke sana. Jadi, kepastian daripada lelaki-lelaki konduktor itu penting kepada kami. Baru separuh menapak, wisel keretapi ditiup! Cemas. Bila-bila masa sahaja, keretapi akan bergerak. Kami mula berlari, biarpun beg berat di belakang. Syukur konduktor itu melihat kami. Dia menggesa kami supaya lebih...

Lausanne Itu Bukan Luzern

Image
"Selamat tinggal Janet!" Kami melambai kepada Janet dan keluarganya. Rakan baru berketurunan Peru dari Bern ini kami kenali ketika ke puncak Jungfrau, Swiss siang tadi. Antara keretapi yang membawa penumpang mendaki puncak gunung Swiss Kini, tiba masanya kami berlari! Ya, berlari menuruni laluan dari platform sambil memikul beg di belakang. Selang masa di antara tren Interlaken - Bern dan Bern - Lausanne malam itu hanyalah berjarak 10 minit. Apatah lagi, kami tidak mengetahui platform mana satukah yang akan kami naiki nanti. Sedang kami berlari, saya menjerit pada Khuzai, "Lihat pada papan informasi sana! Mari cari platform keretapi ke Lausanne." Langkah kami semakin melaju. Sepantas kilat mata kami memeriksa baris demi baris di papan informasi itu. Mencari perkataan "Lausanne" di situ. Namun, tiada langsung perkataan Lausanne di situ, sehinggalah... "Ada tren ke Luzern! Luzern atau Lausanne mungkin serupa. Mari ke platform ...