Posts

Showing posts with the label Kembara Belanda

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Image
"Kita takkan sedar apa kita hilang sehinggalah ia tiada." Kata-kata biasa dan sering diulang-ulang sejak dahulukala, namun tetap dan akan sentiasa relevan. Biarpun hari-hari menatap pemandangan kota Kuala Lumpur dari keretapi, hanya pada suatu hari, saya tersedar tentang sesuatu. Pemandangan kota Kuala Lumpur yang dihuni sejak 8 tahun lalu "Di sini, bangunan tinggi "hidup" dengan tenang bersama gunung-ganang." Lagi, Suatu masa dahulu, ketika berkereta ke tempat kerja "Di sini, alam dan manusia bersatu dalam harmoni." Suatu pencerahan yang mungkin saya tidak perasan pun jika tidak ke Belanda pada masa itu. Berlama-lama di sana dan melihat terusan, namun setiap kali melihat langit biru yang memukau itu, sentiasa ada rasa kehilangan dalam hati . Apabila lihat semula gambar ini, baru perasan ada iklan perempuan berhijab di sebelah kanan Biarpun saujana mata memandang, tetap ada sesuatu yang kurang. Terusa...

Aqui Maastricht, Rumah Sewa Mesra Alam

Image
"Selamat datang ke Maastricht." Seorang wanita berusia menyambut kedatangan kami di hujung anak tangga. Saya mendongak ke atas. Tangga berpilin-pilin dan tinggi melangit terbentang di hadapan kami. Tangga yang sinonim dengan rumah-rumah di Belanda. Mujurlah saya menempah bilik di tingkat pertama Aqui Maastricht ini. Melihat saya berpaling kepada beg, pantas Annemiek, wanita berusia namun kekal cantik itu berkata, "Biarkan sahaja beg kamu di situ. Saya akan minta orang angkatkan bagasi kamu nanti. Sementara itu, mari saya tunjukkan bilik kamu." Kami menaiki tangga. Rupa-rupanya, tingkat satu yang disebut itu adalah tingkat dua. Sekali lagi, bersyukur tidak menempah bilik di tingkat tiga. Jika tidak, kasihan sekali kepada ibu (dan saya juga). Annemiek membuka pintu bilik berwarna putih itu. Wah, bilik ini seperti bilik showroom IKEA! Agaknya, Annemiek memang peminat barang-barang IKEA. Itu telahan awal saya. Rupa-rupanya, memang benar. Cawan-cawan di...

Dunia Gambar Tanpa Tripod

Image
Berjalan dua, tiga atau empat orang tanpa tripod, pasti terjadi peristiwa "ambil-gambar-tidak-cukup-korum" . Apabila jalan berdua, ambil gambar seorang demi seorang berlatar tempat yang sama. Apabila jalan bertiga, boleh jadi bergambar berdua dahulu sebelum yang seorang lagi bergambar solo. Apabila jalan berempat, boleh jadi gambar diambil secara berdua-dua atau bertiga-tiga. Ibu ambil gambar saya... Saya ambil gambar ibu pula... Namun, seringkali juga terjadi peristiwa "orang-baik-hati-entah-dari-mana-dan-tawar-diri-ambil-gambar" . Jenis pertama, orang itu betul-betul baik hati. Ketika saya dan ibu bergilir-gilir mengambil gambar berlatarkan rumah keju di Zaanse Schans, Belanda, tiba-tiba, seorang perempuan muda berkulit hitam menegur, "Mari saya ambilkan gambar awak berdua." Antara gambar "rare" kami berdua dek budi baik orang asing. Sungguh, dia mengambil gambar kami berdua kemudian melangkah pergi. Jenis kedua, orang itu mahu kita amb...

Maastricht, Kota Kecil Belanda

Image
Bulan Jun 2012 lalu, datang peluang saya bertandang ke Belanda buat kali kedua. Kali pertama, saya hanya berkesempatan ke Amsterdam. Lalu, saya mencari peluang ke bandar-bandar berdekatan. Akhirnya, pilihan saya jatuh kepada sebuah kota bernama Maastricht. Lokasinya unik. Bandar ini di"kepit" tiga negara; Belanda, Jerman dan Belgium. Keretapi ke Brussels, Belgium pun hanya dua jam. Begitu juga keretapi ke Aachen, bandar terdekat di Jerman. Seperti bandar-bandar lain di Eropah (dan dunia), kota ini terletak di tepi sebatang sungai. Lebar sungai ini memungkinkan beberapa kapal kecil melaluinya. Namun, bagi kapal-kapal besar, mungkin 2 ke 3 buah sahaja, sementelah mereka harus melalui terusan khas. Jambatan ini ada dua bahagian. Bahagian pertama kedudukannya tetap. Bahagian kedua, jambatan itu boleh berubah ketinggian. Oh ya, kebetulan saya dapat menyaksikan terusan khas itu beroperasi apabila sebuah kapal baj mahu melepasi jambatan ini. Mula-mula sekali, jambatan itu akan me...