February 16, 2013

Dunia Gambar Tanpa Tripod

Berjalan dua, tiga atau empat orang tanpa tripod, pasti terjadi peristiwa "ambil-gambar-tidak-cukup-korum".

Apabila jalan berdua, ambil gambar seorang demi seorang berlatar tempat yang sama.

Apabila jalan bertiga, boleh jadi bergambar berdua dahulu sebelum yang seorang lagi bergambar solo.

Apabila jalan berempat, boleh jadi gambar diambil secara berdua-dua atau bertiga-tiga.


Ibu ambil gambar saya...


Saya ambil gambar ibu pula...

Namun, seringkali juga terjadi peristiwa "orang-baik-hati-entah-dari-mana-dan-tawar-diri-ambil-gambar".

Jenis pertama, orang itu betul-betul baik hati.

Ketika saya dan ibu bergilir-gilir mengambil gambar berlatarkan rumah keju di Zaanse Schans, Belanda, tiba-tiba, seorang perempuan muda berkulit hitam menegur, "Mari saya ambilkan gambar awak berdua."

Antara gambar "rare" kami berdua dek budi baik orang asing.

Sungguh, dia mengambil gambar kami berdua kemudian melangkah pergi.

Jenis kedua, orang itu mahu kita ambil gambarnya.

Ini dinamakan situasi menang-menang. Dia ambil gambar kita, dan kita ambil pula gambar dia sebagai timbal-baliknya. Peraturan ini selalu datang apabila kita berjumpa pengembara solo, seperti pengunjung lelaki Jepun (mungkin) solo yang kami terserempak ketika melawat salah satu kincir angin di Zaanse Schans.

Lagi gambar "rare" kami di Zaanse Schans.

Jenis ketiga, orang itu memang "mahu" kamera kita.

Jenis ketiga, saya doakan kita semua tidak bertemu mereka dalam mana-mana perjalanan. Berikut antara 10 jenis penipuan sewaktu dalam travel yang dikongsi oleh Lonely Planet.


Waida Yusof,
16 Fevrier 2013,
Capitale Kuala Lumpur

PS: Dalam mood menghafal perkataan Perancis...

No comments:

Post a Comment