February 18, 2013

Kreativiti Mencari Makanan Halal

Berjalan ke luar negara memang seronok. Namun, cabaran utama berjalan ke negara minoriti orang islam adalah mencari makanan halal.


Makanan India-Pakistan di London

Bukan sekadar mencari makanan halal. Malah, lebih sukar mencari makanan lokal dan halal.

Kata orang, "Antara nikmat berjalan ke negara orang adalah merasa makanan tempatan."

Lalu, bukan makanan Turki atau Arab yang dicari. Bukan juga makanan dari Pakistan atau India, walaupun ke negara penduduk bermata biru.

Sehingga pernah saya berjenaka dengan kawan, "Lebih mudah merasa makanan luar di Malaysia berbanding di negara asalnya."

Setiap makanan perlu diteliti dan difahami cara pembuatannya.

Adakalanya, keju itu tidak boleh dimakan dek rennet haiwan yang digunakan.
Adakalanya, kek juga ditambah arak, misalnya log cake yang banyak muncul ketika Krismas.

Namun begitu, ketika saya, Shawn dan Fidah ke Belgium, kami kepingin juga mahu membeli coklat home-made. Jadi, bermula sesi soal-jawab memastikan ke"halal"an coklat kami mahu beli selepas minum secawan coklat hangat di sini.



Kedai coklat ini dimiliki sepasang adik-beradik lelaki dan perempuan dan diwarisi dari ibu bapa mereka.

Sudah tentu kami tidak boleh terus bertanya soalan "halal atau tidak" di sini. Jadi, kami perlu lebih kreatif bertanya soalan. Antaranya,

"Ada menjual coklat vegetarian di sini?"

(disambut muka "blur" si adik perempuan yang bertugas di kaunter).

"Yang mana satu coklat tanpa arak?"

(barulah si tuan punya kedai menunjukkan coklat yang sesuai).

Alang-alang di kedainya, saya juga beli waffle mentega yang diyakini halal selepas membaca bahan-bahannya.

Waida Yusof,
Dix-Huit Fevrier Deux Mille Zéro Treize
Ville du Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment