Tawakkal Ke Atas Kehidupan

Mengembara itu selalu tentang mencari diri.
Juga mencari potensi diri.

Kerana, apabila kita "hilang" kesemuanya dan yang tinggal hanya diri pada titik mula, kita mula sedar apa yang sebenar-benarnya kita ada.

Dan, betapa hidup ini sebenarnya ringkas sahaja.

Benar sekali kata-kata Pramoedya Ananta Toer, "Hidup sungguh sangat sederhana. Yang hebat-hebat hanya tafsirannya."

Enam bulan lepas, 5 September 2017, itu tarikh saya terbang ke mari. Memulakan hidup baru di bumi asing ini yang saya panggil "Bumi Bertuah" sebagai seorang yang tiada apa-apa.

Tanya adik ipar saya, "Kak ngah pergi seorang? Ada kawan?"

Dan, saya masih ingat saya menjawab kata-katanya dengan "Nanti buat kawan baru sahaja," sambil tersenyum.

Bohong sebenarnya jika tiada keraguan dalam diri ini.
Namun, ayat Tuhan yang satu ini sentiasa menenangkan hati.

"Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal" - Al-Imran, 159.

Dan, sungguh enam bulan kemudian, saya pun sudah mendapat kawan baru.
Dan, tidaklah lain kecuali atas kuasa Tuhan.

Waida Yusof,
16 Mac 2018,
United Kingdom

PS: "The 3C's of Life: Choices, Chances, Changes - You must make a choice to take a chance or your life will never change - Brian Tracy" (Terima kasih kepada hamba Allah yang menampal kata-kata ini di dalam tandas di stesen LRT KLCC. Jika bukan kerana kata-kata ini, hamba tidak akan ke UK.)

PSS: Berada di Bumi Bertuah ini bagi memenuhi angan-angan yang dituliskan pada tahun 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Kurang RM 5 Ribu Jalan-Jalan 18 Hari Di Jepun (Bahagian 2)

Bagaimana Jalan-jalan 18 Hari di Jepun dengan Kurang RM5,000 (Bahagian 1)

Tips Menyusun Gambar Travel