Posts

Showing posts from 2014

Sakit Nombor Dua Manusia Kota

Image
Dapat bertenang-tenang itu rupanya sebuah nikmat hidup.

Seumpama minum secawan teh hangat pada pagi hari.


Atau, menikmati sekotak coklat Kit Kat edisi terhad.


Terutamanya, selepas berjalan-jalan seperti orang gila.

Bermula pada September, terbang ke Kanada selama seminggu. Sebulan kemudian, terbang ke Jepun selama 17 hari. Selang kurang dua minggu kemudian, terbang pula ke Shanghai, China.

Pulang sahaja dari Shanghai, "berkampung" pula di hospital menemani adik yang diserang demam denggi.

Memang kerja travel paling gila pernah saya lakukan.

Ada sedikit rasa kepenatan.

Membuat saya terfikir, apalah rasanya orang yang kerjanya membuat dia tidak henti-henti travel ke seluruh dunia. Misalnya, hari ini di London, lusa pula sudah ada di Tokyo. Kemudian, tulat pula di Moscow.

Hmmm....

Mungkin ini yang dinamakan sakit gila nombor dua orang kota.

Waida Yusof,
10 Disember 2014
KL

Mari Bergembira dan Menari Di Shanghai

Image
Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari di taman?

Oh, bukan begini soalannya...

Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari tarian ballroombukan di dalam dewan?

Ya, tarian ballroom seperti waltz, tango dan foxtrot.




Menari pula di celah-celah pokok daun mapel yang keguguran, sambil mengikut rentak tarian dalam bahasa Cina.
Memang asyik.
Agaknya, beginilah yang berlaku setiap pagi Ahad di Taman Xianyang, berhampiran kawasan French Concession di Shanghai.
Melihat mereka, buat saya teringin belajar tarian ballroom pula :)
Waida Yusof, 27 November 2014 KL
PS: Sesungguhnya, mereka benar-benar menikmati hidup, biarpun pada usia emas.

Merantaulah & Gapai Impianmu

Image
Biarkan hari terus berlari
Tetaplah jadi manusia mulia, apa pun yang terjadi
Janganlah galau dengan tiap kejadian sehari-hari
Karena tak ada yang abadi, semua kan datang dan pergi
Jadilah pemberani melawan rasa takutmu sendiri
Karena lapang dan tulus adalah dirimu sejati

Janganlah pandang hina musuhmu
Karena jika ia menghinamu, itu ujian tersendiri bagimu
Takkan abadi segala suka serta lara
Takkan kekal segala sengsara serta sejahtera

Merantaulah. Gapai setinggi-tingginya impianmu
Berpergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu
Melipur duka dan memulai penghidupan baru
Memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu

Disalin dari buku "Rantau 1 Muara" - Teks diadaptasi dari bait-bait syair Imam Syafii (767 - 820M)

Waida Yusof
7 Nov 2014
KL

PS: Dedikasi khas buat rakan-rakan yang 'kaki travel'.

Berpisah dengan Jepun

Image
Saya ini orang yang sentiasa ada situasi dengan masa.
Yang mahu dibuat itu banyak. 
Masa yang ada itu pula sentiasa dirasa tidak mencukupi.
Rupanya, jawapan kepada situasi ini, saya temui di sebuah dinding kedai cermin mata di Jepun.

Terjemahannya berbunyi begini.


"Berapa jam dalam sehari hidupmu yang membawa makna?
Banyakkan masa kosong supaya mindamu awet muda.
Masa berkualiti itu menambah elegan dan kecantikan."

Saya pasti akan merindui Jepun.
Waida Yusof, 2 Nov 2014, Osaka, Jepun
Ps: Menikmati saat-saat terakhir di sini.

Berkenalan dengan Jepun

Image
"Cuti tiga minggu ke Jepun? Pusing seluruh Jepun kah?"

Berkali-kali saya ditanya begitu apabila memberitahu destinasi jalan-jalan kali ini. 
Dan, setiap kali itulah saya menggeleng kepala. 
Entah bagaimana mahu memberitahu yang Jepun itu besar sekali dan mustahil mahu dijelajahi dalam masa tiga minggu.
Boleh sebenarnya, jika hanya ke bandar-bandar utama di Jepun. Namun, perasaannya umpama melawat Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Melaka sahaja. Kemudian, kita anggap sudah cukup mengenali Malaysia.
Sayang betul rasanya jika tidak ambil masa bagi mengenali Jepun.
Jadi, fokus kami kali ini hanya mahu mengenali beberapa tempat di pulau Honshu.
Kemudian, jika ada rezeki, boleh datang lagi ke Jepun, insya Allah :)
Waida Yusof, 19 Oktober, Jepun
PS: Malam ini, saya berkenalan dengan Makina, dan beliau memperkenalkan beras, teh hijau dan limau dari daerah Mie. Kata Makina, berkenal-kenalanlah dengan Jepun melalui makanannya.

Sam dan Rasa Ingin Tahunya

Image
Sam, oh, Sam.

Ini kisah Sam, pengurus rumah tumpangan kami di Vancouver, Kanada serta soalan-soalan luar jangkanya.


Beliau berasal dari Jepun dan sudah lebih sepuluh tahun bermastautin di Vancouver. Hanya sekali dalam setahun, beliau akan pulang bercuti ke Jepun dan melawat saudara-mara di sana.

Menurut Sam, ini kali pertama rumah tamu (baca: Bed & Breakfast) beliau menerima tetamu dari Malaysia.

(Dalam hati saya, mujur jugalah dia pernah mendengar nama Malaysia)
Mungkin atas faktor pertama kali bertemu orang Malaysia, beliau menjadi sangat ingin tahu tentang kami. (Mungkinlah...)

Kali pertama bertemu Sam, beliau sudah bertanya, "Orang Malaysia biasa memakai... "ini"?" sambil menunjuk kepada tudung yang dipakai kami.

Lalu, kami mengangguk.

Kami sangka soalan itu hanya setakat di situ.

Rupa-rupanya tidak.

Soalan seterusnya datang ketika kami menjamah sarapan pagi keesokan hari.


Sam bertanya lagi, "Yang kamu pakai di kepala itu, apa namanya?"

Mudah sa…

Magis Bulan September

Image
September adalah bulan istimewa dalam hati saya.

Dan, tahun ini adalah September yang paling istimewa.

Ketika menulis cerita tentang Fiona tahun lepas, saya tidak sangka saya akan bertemu beliau lagi pada tahun 2014 ini

.............

..........

.......

.....

....



di Kanada!

Dan, inilah tempat pertama yang buat saya menghidap sakit nombor satu manusia kota pada bulan Ogos lalu.

Memohon visa ke negara ini bukan calang-calang.

Lebih kurang sepuluh dokumen yang perlu disediakan bagi memohon visa ke sana. Antaranya, bukti kita bekerja di Malaysia, bukti kewangan yang kukuh, sejarah perjalanan sejak 10 tahun lalu, dan juga surat jemputan dari pihak di Kanada (jika perlu).

Memang bukan idea yang bagus memohon visa dalam tempoh sebulan.

Bisa jadi pemangkin sakit jantung sahaja.

Syukurlah juga, visa (dan pasport) berjaya "terbang" keluar dari Pejabat Kedutaan di Singapura seminggu dari tarikh bertolak.

Andai ada di antara kalian yang akan ke Kanada suatu hari nanti, dua website ini …

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Image
"Kita takkan sedar apa kita hilang sehinggalah ia tiada."
Kata-kata biasa dan sering diulang-ulang sejak dahulukala, namun tetap dan akan sentiasa relevan.

Biarpun hari-hari menatap pemandangan kota Kuala Lumpur dari keretapi, hanya pada suatu hari, saya tersedar tentang sesuatu.


"Di sini, bangunan tinggi "hidup" dengan tenang bersama gunung-ganang."

Lagi,

"Di sini, alam dan manusia bersatu dalam harmoni."

Suatu pencerahan yang mungkin saya tidak perasan pun jika tidak ke Belanda pada masa itu.

Berlama-lama di sana dan melihat terusan, namun setiap kali melihat langit biru yang memukau itu, sentiasa ada rasa kehilangan dalam hati.


Biarpun saujana mata memandang, tetap ada sesuatu yang kurang.


Biarpun seronok melihat kincir-kincir anginnya, tetap ada perkara yang tidak sama.

Sehinggalah, kesedaran itu datang pada hari saya menikmati pemandangan dari dalam keretapi menuju Bandung.


"Di Belanda itu rupa-rupanya tiada gunung!"

Waida Yusof…

Sakit Nombor Satu Manusia Kota

Image
Mungkin benarlah kata rakan FB yang sempat saya baca tadi.

Kata beliau, "Sakit manusia kota ini ada tiga; yang pertamanya adalah sakit kesibukan."

Membuat saya terfikir, yang kita ini mungkin lebih banyak masa ketika bercuti berbanding hidup sehari-hari.

Misalnya, berada empat hari tiga malam di Bandung terasa seperti berminggu-minggu sedangkan sebulan di Kuala Lumpur mungkin terasa seperti tiga hari sahaja.

Agaknya, ini yang dinamakan keberkatan masa. 

Panjang atau pendeknya masa itu relatif.

Sebagaimana jauh atau dekat itu juga relatif.

Orang yang tidak pernah ke Amerika mungkin terasa benua itu sangat jauh. Namun, andai orang itu berulang setiap tahun ke Amerika, mungkin terasa Amerika itu seperti sejengkal sahaja. 

Baiklah, ini hanya entri merepek :)

Sebenarnya, mahu kata yang saya pun sudah terkena sakit nombor pertama manusia kota ini.

Yang sibuk menguruskan visa dan urusan perjalanan ke tiga negara yang hanya berselang kurang sebulan di antara ketiga-tiganya (ini memang sakit…

Praha Itu Kota Seni

Image
Praha atau Prague adalah sebuah kota di Republik Czech.

Kota yang seringkali mengingatkan saya tentang apresiasi sebuah seni.


Seni di kota ini datang dalam banyak bentuk, baik bangunan, lukisan atau muzik.


Jika bangunan, kota ini ada Jam Astronomi Purba dan Rumah Menari itu.

Jika mahu mencari lukisan, sempatkan sahaja diri ke pasar pagi di tengah kota lama itu. Mungkin masih dapat melihat patung nenek kebayan ketawa itu.


Jika tidak, berjalan-jalan sahaja di atas jambatan Charles (selain melihat patung membuat aksi 'peace') dan nikmatilah persembahan dari pemuzik-pemuzik jalanan ini.


Itu sahaja sudah cukup bagi kita menikmati sebuah seni.

Waida Yusof,
13 Julai 2014,
KL

Misteri Kota Andalusia

Image
"Ada apa dengan Sepanyol?"

Ya, soalan sama jugalah yang sering berlegar-legar di kepala saya kerana acapkali merasa nostalgik dengan negara Espana ini.
Barangkali, saya sudah terkena "sumpahan" Espana seperti Shawn :)
Malah, pemandangan yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menaiki bas Alsa dari Granada ke Cordoba. Juga dari tingkap pesawat Vueling ketika hampir mencecah bumi Granada dari Barcelona tahun lepas.


Berbukit-bukau dengan kontur mengasyikkan.
Ditambah pula dengan deretan pokok zaitun yang ditanam berteres-teres seperti padi bukit.

Cuaca kering dan panas, tetapi tetap terasa hembusan angin Mediterranean melegakan.

Sungguh, ia bukan pemandangan menggebu-gebu seperti putih salju gunung Swiss. Namun, ini juga yang saya kenang-kenang dan teringat-ingat hinggakan perjalanan 2 jam setengah itu cukup mengasyikkan. Baik dari Granada ke Cordoba, atau dari Cordoba pulang semula ke Granada.

Malah, ada satu perkara yang masih menjadi tanda tanya saya sehingga ke h…

Impian Ramadhan 1435H

Image
1 Ramadhan datang lagi.

Saya doakan Ramadhan kali ini membawa perubahan besar kepada kita semua. Amin, amin.

Pada petang 1 Ramadhan ini, saya berfikir yang angan-angan berpuasa, berterawih dan beraya di perantauan masih belum terlunas. 
Mungkinkah sudah tiba masanya untuk berhijrah ke luar negara? (hehe)

Waida Yusof, 1 Ramadhan 1435H
KL

PS: Sudah jam 4 petang. Sebentar lagi, harus ke Param (atau Pasar Ramadhan). Perkataan yang hanya muncul dalam bulan istimewa ini.
PSS: Tiada kaitan pun sebenarnya gambar kota Granada dengan entri kali ini.

Tenang dalam Hidup

Image
"Beritahu saya, apa simple pleasure dalam hidup kamu?"

Wanita itu bertanya kami semua sebelum kami memulakan kursus. Kata wanita itu, "Simple pleasure dalam hidupnya apabila dia dapat mendengar bunyi laut. Jadi, saya akan usahakan setiap hujung minggu untuk ke tepi laut."


Jawapan orang lain pula ada pelbagai bentuk.

"...apabila makan."
"...apabila bercucuk tanam."
"...apabila melihat anak-anak saya tersenyum."
"...apabila melakukan kod programming."
"...apabila menyelam."

Lain orang, lain simple pleasure dalam hidup mereka rupanya.

Pada masa itu, saya menjawab, "Simple pleasure dalam hidup saya apabila berbual-bual dengan orang yang saya tidak fahami bahasanya ketika travel."

Seperti saya berbual-bual dengan lelaki Arab ini di dalam métro di Paris tahun lalu.


Apabila difikirkan semula, rasa itu tidak semestinya datang ketika mengembara. Ada banyak perkara yang mendorong rasa itu datang. Misalnya, ketika

me…

Mekong Nadi Rezeki Asia Tenggara

Image
"Siapa tahu Sungai Mekong ini melalui berapa buah negara? Sungai ini sungai nombor berapa terpanjang di dunia dan di Asia?"

Bertalu-talu soalan yang diutarakan ketua kumpulan kami (merangkap pemandu pelancong) pada petang itu, ketika kami menyusuri Sungai Mekong ini.


Namun, tiada siapa yang mampu menjawab soalan Encik Salleh Lee pada waktu itu.

Yang saya tahu, hanya 2 negara; iaitu Thailand dan Kemboja. Rupa-rupanya tekaan saya salah.

Sungai yang ketujuh terpanjang di Asia ini melalui enam (6) buah negara. Bermula di China, kemudian melalui Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan akhir sekali, Vietnam.

Langsung saya tidak sangka.

Sungai ini walaupun tidak selebar mana, namun mampu menjangkau sejauh 4 ribu kilometer lebih.

Entah berapa jutaan manusia yang sudah bergantung hidup dan rezeki pada sungai ini.

Sudah tentulah, di antaranya adalah pemandu bot kami ini.

Waida Yusof, 6 Jun 2014 KL

Pelajaran dari Kemboja

Image
Komunikasi dengan orang asing di negara asing, tidak perlu perkataan kompleks dan panjang. Cukuplah tahu sekadar yang ringkas bagi memulakan perbualan. Andai hati kita terbuka mahu mengenali dan berbual dengan orang itu, mesej kita pasti sampai ke hatinya.

Itulah pelajaran saya terima dari Kemboja.

Dan begitulah saya mengenali anak cilik ini di Kemboja 2 Mei lalu.

Dia malu-malu, namun pandai berposing. Kemudian, dia akan berlari mengejar adik-adiknya di Maahad Tahfiz di Kampung Breybih, Phnom Penh itu. Sekali sekala kami berpandangan, dia pasti akan tersenyum manis.

Teringin sekali mengetahui nama anak kecil ini hingga ayah kanak-kanak ini mengajar saya sepatah perkataan Khmer yang ringkas.

'(niak) ch'muah ei'
(Cara menyebutnya 'ce-moh-ey'.)

Kata ayahnya, "(Itulah perkataan) 'apa nama kamu' dalam bahasa Khmer."
Akhirnya, tahu juga saya nama dia, iaitu Zainuddin.

Selepas itu, seronok pula lensa kamera saya mengikut pergerakan dia, terutamanya ketika…

99 Cahaya di Langit Eropah

Image
Hati ini senang sekali membaca buku '99 Cahaya Di Langit Eropa' tulisan Hanum Salsabiela Rais dan suaminya Rangga Almahendra.

Seolah-olah, buku ini menjawab persoalan mengapa saya mengembara.

Antara yang tertulis dalam buku ini, di mana cikpuan Hanum memetik kata-kata Paulo Coelho dari The Alchemists.

"Pergilah, jelajahilah dunia, lihatlah dan carilah kebenaran dan rahsia-rahsia hidup. Nescaya jalan apapun yang kau pilih akan mengantarkanmu menuju titik awal.

Sumber kebenaran dan rahsia hidup akan kau temukan di titik nol perjalananmu. Perjalanan panjangmu tidak akan mengantarkanmu ke hujung jalan, justeru akan membawamu ke titik permulaan.

Pergilah untuk kembali, mengembaralah untuk menemukan jalan pulang. Sejauh apapun kakimu melangkah, engkau pasti akan kembali ke titik awal."


Ya, pergilah untuk kembali. Kembali menemui Tuhan kita.
Amin :)
Waida Yusof, 11 Mei 2014 KL
PS: Buku 99 Cahaya di Langit Eropa juga sudah dibawakan ke bentuk filem. Di bawah ini adalah trailer…

Terima Kasih, Kota Bharu

Image
"Adik, bakpe tok amik sejadoh?" (Adik, mengapa tidak ambil sejadah?)

Perempuan separa tua itu menegur. Lagak beliau seperti seorang ibu menegur anak perempuannya sehingga saya tersipu-sipu seorang diri.

Kemudian, beliau memusing sejadah yang dibawanya dari kedudukan menegak kepada kedudukan melintang sebelum kami sama-sama bersolat Zohor di Masjid al-Baro'ah.


Kemudian, selepas solat, semua jemaah wanita pun bersalam-salaman.

Situasi ini tetap seperti yang saya kenali dahulu.

Biarpun sudah tiada lagi wakaf kayu cantik di hadapan restoran makanan segera 'A&W'.
Biarpun pasaraya The Store sudah hilang kegemilangannya.
Biarpun kedai buku yang sering saya kunjungi itu sudah 'hilang' ditelan zaman.
Biarpun kedai makan yang saya suka Nasi Pattaya-nya itu saya sudah lupa lokasinya.

Walau apapun, saya sudah bertemu kenangan 'rasa' yang saya cari. Rasa kekeluargaan yang pernah saya terima ketika bersekolah di bumi Serambi Mekah ini lebih sedekad yang lalu.

T…

Kota Bharu Dalam Kenangan

Image
Kali terakhir saya ke Kota Bharu adalah pada tahun 2010. Sebelum itu, sudah tersangat lama saya tidak ke sini selepas tamat sekolah.


Hanya kali itu, jadual terlalu padat. Jadi, kali ini, saya berazam mahu pusing-pusing di bandar yang menjadi tempat 'outing' saya dahulu.

Ada perkara yang berubah.


Ada perkara yang tetap tidak berubah.


Ada perkara saya pun terlupa ia sudah berubah.


Namun, antara yang tidak berubah itu, misalnya kemesraan penduduk Kota Bharu yang sentiasa saya kenang sampai bila-bila.
Waida Yusof,
6 April 2014
Kota Bharu, Kelantan

PS: Masih mampu memahami apabila penduduk di sini kecek Kelate :)

Erti Tudung di Paris

Image
Mengembara sebagai seorang wanita Muslim besar ertinya kepada saya, tambahan pula saya juga bertudung atau berhijab.
Sebagaimana yang pernah saya tulis dahulu tentang erti tudung, makna tudung itu kepada saya tetap dan masih sama.


"Muslim? Malaisie?"

Seingat saya, seperti itulah kami ditegur seorang lelaki Arab tua di dalam métro di Paris.
Bersungguh-sungguh lelaki tua itu cuba berbual-bual dengan kami, biarpun dalam bahasa ayam itik.

Kata dia, "Saya cuma tahu berbahasa Arab dan Perancis."

Kami pula hanya tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

Namun itu tetap tidak menghalang kami dari berbual-bual.

Tambah lelaki tua itu lagi, "Saya suka Malaysia. Malaysia bagus. Mudah sekali menjadi orang Islam di sana."

Perkara kecil tetapi nikmat yang saya seringkali terlupa.

Syukur ya Allah.

Waida Yusof, 23 Mac 2014 KL
PS: Kemudian, lelaki tua itu bersungguh-sungguh menunjukkan arah ke hostel kami (biarpun sebenarnya, itu sudah hari terakhir kami ada di Paris.)

PSS: Ini juga ant…

La langue francais

Image
Antara angan-angan saya 2014 ini adalah belajar bahasa Perancis (selain dari menghasilkan BBKK).
Bukan belajar sendiri seperti yang saya buat 2 tahun sudah, tetapi belajar terus dari guru.

Lalu, sejak Februari lalu dan Insya Allah sehingga April ini, saya berguru dengan Monsieur Hanafi dari Algeria. 

Au revoir!

Waida Yusof, 16 Mars 2014 KL
PS: Sejak berkenalan dengan Monsieur Hanafi, tertarik pula mahu berkelana ke Algeria.

Ketagih Mengembara Lagi

Image
Mengembara itu satu ketagihan.


Sekali terjebak, sudah tidak boleh berundur lagi :)

...dan sekarang, kaki sudah mula "gatal-gatal" lagi mahu berada di jalanan.

Pada hari terakhir Feb 2014 ini, saya senaraikan tempat saya mahu pergi (tanpa urutan kepentingan).

Ke seluruh pulau IndonesiaBerkeretapi merentasi Rusia, China dan Vietnam.Seluruh Andalusia + Morocco + AlgeriaEropah TimurTurki + GreeceSeluruh Scotland (terutamanya Highland)Seluruh Ireland Berkereta dari Pulau Pinang ke ThailandBerkereta dari Kota Kinabalu ke Brunei.China
Impian yang mahu dicapai sebelum menutup mata.

Amin, amin!

Waida Yusof,
28 Feb 2014
KL

Wedus Gembel Kelud

Image
Terlewat mendapat berita tentang letusan gunung berapi Kelud di Pulau Jawa.

Rupanya sudah 3 hari berlalu sejak letusan itu berlaku dan tanpa saya sangka kesan letusan itu jauh merebak sehingga ke Jogjakarta.

Lihat peta di bawah.


Bulatan merah di sebelah kiri adalah Jogjakarta, manakala bulatan merah yang satu lagi adalah tempat letusan berlaku.

Langsung teringat pada Pak Monel, supir kami ketika berkunjung ke Jogjakarta tahun lalu.

Pagi itu, kami berkereta menuju Gunung Merapi.

Dari kejauhan, kelihatan Gunung Merapi mengeluarkan asap putih di sebalik langit biru dan pemandangan menghijau.

Cantik...

...dan juga menakutkan.

Asap putih itu tanda Merapi masih 'jaga' dan bukan tidur.

Sekali ter'jaga' dan 'marah', antara yang keluar dari mulut Merapi adalah Wedus Gembel seperti yang terjadi pada 26 Oktober 2010.

Beritahu Pak Monel, "Wedus Gembel itu panggilan orang di sini untuk awan panas."
Awan panas dan beracun ini boleh mencapai suhu 600 darjah terkandung is…

Magis Dari Tuhan Di Kota Singa

Image
PS: Artikel yang sudah lama ditulis, namun terlupa publish. 
Membaca "Living A Charmed Life" tulisan Victoria Moran hari ini membuat saya teringat sebuah peristiwa waktu Subuh ketika di Kota Singa.


Kata Victoria, "Kita akan menemui keajaiban jika kita mencarinya."

Bak kata orang putih, "It's a miracle!"

Kata orang kita pula, "Bantuan dari langit!"

Sepertimana Tuhan menurunkan bantuan ajaib-Nya ketika perang Khandak. Angin bertiup kencang hingga debu-debu berterbangan dan khemah ranap segalanya. Memang magis dari Tuhan dan kesannya, Islam memenangi perang Khandak itu.

Perkara kecil, namun kesannya besar kepada sejarah Islam.

Begitulah yang saya rasa saat menerima magis Tuhan ketika di Singapura awal tahun ini.

Waktu itu, kami baru sahaja turun dari bas selepas ia tiba di destinasi akhir, Lavender Street. Sedikit lewat daripada jadual, kami tiba di situ melebihi jam 6 pagi. Pantas kami mengangkat beg dan berjalan mencari rumah tumpangan yang …