August 18, 2014

Sakit Nombor Satu Manusia Kota

Mungkin benarlah kata rakan FB yang sempat saya baca tadi.

Kata beliau, "Sakit manusia kota ini ada tiga; yang pertamanya adalah sakit kesibukan."

Membuat saya terfikir, yang kita ini mungkin lebih banyak masa ketika bercuti berbanding hidup sehari-hari.

Misalnya, berada empat hari tiga malam di Bandung terasa seperti berminggu-minggu sedangkan sebulan di Kuala Lumpur mungkin terasa seperti tiga hari sahaja.

Agaknya, ini yang dinamakan keberkatan masa. 

Bagaimana pula jika masa terus terhenti seperti jam di Gunung Merapi ini?

Panjang atau pendeknya masa itu relatif.

Sebagaimana jauh atau dekat itu juga relatif.

Orang yang tidak pernah ke Amerika mungkin terasa benua itu sangat jauh. Namun, andai orang itu berulang setiap tahun ke Amerika, mungkin terasa Amerika itu seperti sejengkal sahaja. 

Kepada kanak-kanak ini, dengan selimut sahaja, mereka sudah mengembara :)

Baiklah, ini hanya entri merepek :)

Sebenarnya, mahu kata yang saya pun sudah terkena sakit nombor pertama manusia kota ini.

Yang sibuk menguruskan visa dan urusan perjalanan ke tiga negara yang hanya berselang kurang sebulan di antara ketiga-tiganya (ini memang sakit orang gila),

Waida Yusof,
18 Ogos 2014
KL

PS: Juga sibuk menyiapkan buku bergambar kanak-kanak (BBKK) Stokin Biru Mat Biru untuk dibawa ke Pesta Buku Shanghai November ini.

No comments:

Post a Comment