Cerita Dua Individu Dari Benua Berbeza
Kadang-kadang, bekerja di syarikat multinasional memang ada keseronokannya sendiri. Minggu ini sahaja, saya bertemu dua individu yang unik dengan cerita tersendiri. Individu #1- Fiona dari Kanada Kredit Foto: Cara memotong mangga dengan mudah. Beliau terbang dari Kanada bagi bertemu pelanggan syarikatnya di sebelah Asia, termasuklah Malaysia. Ketika makan tengahari bersama-sama, kami saling bertukar cerita. Seperti biasa, topik perbualan paling selamat adalah topik cuaca dan juga makanan. Cerita Fiona, "Keluarga saya berhijrah ke Kanada dari Australia. Tiba di Kanada, kami semua tidak sangka suhu di sini sangat sejuk. Kadangkala, suhu di sini boleh mencecah -100 darjah Celcius!" Sambil ketawa kecil, Fiona berkata, "Ibu saya kata, mungkin kami sudah buat kesilapan berhijrah ke sini." (Namun, mereka tetap tinggal di situ sehingga sekarang :) ) Nota : Suhu dalam peti ais sekitar 16 - 20 darjah Celcius sahaja. Oh ya, buah kegemaran Fiona adalah mangga dan na...