October 23, 2013

Tempat Di Malaysia Kamu Paling Suka?

"Ceritakan tempat di Malaysia yang kamu paling suka."

Istana Diraja Kuala Kangsar di Bukit Chandan, Perak

Itulah topik kami pagi itu.

Setiap Isnin di pejabat, kami akan bercerita secara spontan (ala-ala toastmaster) di atas pentas buatan.

Rata-rata rakan sepejabat bercerita mereka suka sesuatu tempat kerana makanan yang ada di tempat itu. 

Makanan lejen di pantai timur

Contohnya, Pulau Pinang.
Siapa yang ke sana dan tidak makan nasi kandar, pasembor, jeruk dan samosa?

Melaka juga.
Ada yang suka ke Melaka kerana coconut shake Klebang yang lejen itu.
Ada juga rakan yang mengambil langkah mudah dalam menjawab topik ini.

"Saya tidak berjalan. Suka duduk di rumah sahaja."

Mudah dan ringkas betul jawapan dia.

Saya pula yang langsung tiada idea (baca: buntu) sehingga ayat yang keluar dari mulut berbelit-belit tatkala tiba giliran saya naik ke pentas.

Entah apa yang saya jawab waktu itu.

Turun dari pentas, baru saya berfikir lama.

Memang tiada tempat tertentu di Malaysia yang saya suka kerana semuanya saya suka dan raikan. Malah, saya bercita-cita mahu memandu mengelilingi Malaysia dengan jalan persekutuan (bukan highway).

Berbalik kepada soalan di atas, mungkin tempat yang paling saya suka (setakat ini) adalah kampung saya sendiri. :)

Waida Yusof
23 Oktober 2013
KL

PS: Sejak kecil pulang ke kampung, sudah dewasa baru tahu yang kampung sendiri pun ada tempat menarik untuk dilawati; tempat membuat tekat, keris dan labu sayung.

No comments:

Post a Comment