October 14, 2013

Misteri Ahmad dari India

"Maaf, ini tempat duduk saya."

Sumber Foto: TravelPerch

Lebih kurang begitulah kata-kata yang keluar dari mulut saya ketika bertemu dia dalam penerbangan dari Paris, Perancis ke Doha, Qatar.

Ternyata, ia bukan satu permulaan persepsi yang baik kepada saya.

Tambahan pula, melihat pula lelaki yang sama asyik menerima dan menjawab panggilan telefon walaupun pesawat sudah mula bergerak di atas landasan.

Namun, Tuhan tidak menetapkan persepsi saya hanya setakat itu.

Ahmad yang menegur saya dahulu.

Katanya, dia dari India dan bekerja beberapa bulan di Paris. Visanya sudah tamat dan sudah tiba masa untuk dia keluar dari sana.

Bersungguh-sungguh dia bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris patah-patah.

Kemudian, dia akan terjemahkan pula kata-kata saya kepada kawannya, Muhammad di dalam bahasa Arab patah-patah.

Cerita Ahmad lagi, "Mungkin saya akan bekerja di negara Muhammad selepas ini. Di Malaysia juga boleh."

Mudah betul prinsip pekerjaan dalam hidup Ahmad.

Waida Yusof,
14 Oktober 2013
Kuala Lumpur

PS: Sehingga kini, saya masih berfikir adakah Ahmad ini benar-benar wujud atau sekadar ilusi. Setengah jam sebelum mendarat, kelam kabut Ahmad dan Muhammad bangun dari tempat duduk mereka dan pergi ke hadapan. Selepas itu kelibat mereka di bandara pun saya tidak nampak sehinggalah saya menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur pula.

No comments:

Post a Comment