Posts

Showing posts from May, 2013

Ho Chi Minh di Hanoi

Image
Ya, Ho Chi Minh di Hanoi. Malah, kami juga ber"temu" beliau secara tidak sengaja pada pagi di bulan Januari itu. Semuanya bermula apabila Qilah mengajak kami ke Mausoleum Ho Chi Minh ketika kami backpack di Hanoi, Vietnam. Barulah saya tahu, bandar Ho Chi Minh itu dinamakan sempena seorang tokoh di Vietnam. Ya, tokoh yang bernama Ho Chi Minh itu. Sebenarnya, nama asal bandar Ho Chi Minh adalah Saigon, atau ejaan Vietnamnya Sai Gon. Cadang Qilah pagi itu, "Kita menaiki teksi dahulu ke sana. Selepas itu, kita ke Van Mieu (Temple of Literature) , masjid Al-Noor dan akhir sekali pulang berjalan kaki ke hotel." Kami bertiga setuju. Lalu, Cik Thuy, pemilik Hotel Hanoi Old Centre membantu memanggilkan teksi untuk kami. Jam sudah hampir 12 tengahari sewaktu kami tiba di Dataran Da Binh. Namun, suasana di situ lengang dan muram. Suhu pula sekitar 11 ke 13 darjah. Bulan Januari memang bulan musim sejuk di Hanoi. Sebaik melepasi pintu masuk Mausoleum, kami terpinga-pinga meny

Lausanne Itu Bukan Luzern

Image
"Selamat tinggal Janet!" Kami melambai kepada Janet dan keluarganya. Rakan baru berketurunan Peru dari Bern ini kami kenali ketika ke puncak Jungfrau, Swiss siang tadi. Antara keretapi yang membawa penumpang mendaki puncak gunung Swiss Kini, tiba masanya kami berlari! Ya, berlari menuruni laluan dari platform sambil memikul beg di belakang. Selang masa di antara tren Interlaken - Bern dan Bern - Lausanne malam itu hanyalah berjarak 10 minit. Apatah lagi, kami tidak mengetahui platform mana satukah yang akan kami naiki nanti. Sedang kami berlari, saya menjerit pada Khuzai, "Lihat pada papan informasi sana! Mari cari platform keretapi ke Lausanne." Langkah kami semakin melaju. Sepantas kilat mata kami memeriksa baris demi baris di papan informasi itu. Mencari perkataan "Lausanne" di situ. Namun, tiada langsung perkataan Lausanne di situ, sehinggalah... "Ada tren ke Luzern! Luzern atau Lausanne mungkin serupa. Mari ke platform

Belasungkawa Haji Ghazali

Image
" Cool  betul datuk kamu." Itu kata-kata sahabat baik saya semasa kami memulakan kembara akhir Mac lalu. Ya, datuk siapakah yang akan relaks sahaja melihat cucu perempuan sulungnya berkelana dua orang di bumi Barat? Beliau langsung tidak marah-marah. Malah, ada kata-kata tambahan pula. "Baguslah pergi sekarang. Sudah kahwin nanti, susah juga mahu berjalan-jalan." Ya, datuk yang sama juga memberitahu ibu beliau ciri-ciri bakal isteri beliau. "Tidak pandai memasak tidak mengapa. Tidak pandai menjahit pun tidak mengapa. Semua itu boleh dipelajari. Yang penting, mesti pandai (boleh berfikir)". Nenek (arwah) saya sungguh bertuah. Itu fikir saya ketika mendengar To'ki bercerita hal ini Raya tahun lalu. Semuanya diusahakan To'ki supaya Opah dapat belajar sehingga cucu yang satu ini tetap merindui kuih kapal (tepung talam) dan karipap hasil air tangan Opah. Ya, datuk yang sama juga mencatat setiap nama tempat yang dikunjungi serta peristiwa y