Posts

Showing posts from December, 2015

Tribute buat Si Beg Merah

Image
Hari ini ada rasa sedikit sayu.

Mungkin bukan sayu, namun lebih kepada rasa melankolik, iaitu rasa 'terkenang-kenang pada barang yang sudah tidak ada'.

Barang yang menyimpan memori kembara sejak sembilan tahun lalu.

Ada rasa berat mahu melepaskan, namun kadangkala melepaskan itulah yang lebih baik.

Baiklah, sebenarnya barang yang tidak ada itu, bagpack sahaja.


Tiada apa yang istimewa pun dengan bagpack ini. Lusuh dan plastik di dalamnya pun sudah melekit-lekit. Setiap kali mahu guna pun, hamba jadi syak wasangka. Was-was adakah lekitan itu akan berpindah ke pakaian hamba.

Namun, beg inilah yang hamba dan Kuzai (teman terbaik hamba) beli bersama-sama saat pertama kali melaporkan diri di tempat kerja. Kedai beg yang kami berdua pergi itu pun sudah tidak wujud lagi.

(Ketara benar antiknya beg ini, bukan?)

Beg itu juga hamba dan Kuzai bawa ketika program induksi selama dua bulan. Itu pengalaman pertama hamba bawa bagpack. Masih terkial-kial mengendong beg besar yang tidak berapa…