Posts

Showing posts from November, 2012

Trip Overland Malaysia-Thailand

Image
Mungkin ini laluan yang diceritakan rakan yang saya baru kenali ini.

Mereka berenam memandu dua buah kenderaan pacuan empat roda daripada Sadao, sempadan Malaysia-Thai ke Krabi, Thailand.

Cerita rakan saya itu, "Perjalanan menuju ke Krabi itu lebih menarik daripada ketika sudah sampai ke destinasi."

Perjalanan mereka mengambil masa sekitar enam jam. (Dari Google Maps, empat jam sahaja).

Ini antara rancangan overland yang boleh dipertimbangkan pada masa hadapan, selain daripada terbang terus ke sana. Jika tidak, boleh juga menaiki keretapi ke Thailand :)

Waida Yusof,
17 Nov 2012,
Johor Bahru

Titik Hitam Dalam Mengembara

Image
Cerita perjalanan itu sebenarnya, bukan yang indah-indah sahaja. Ada juga sisi yang kurang manisnya.

Ketika berlaku, Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati kami. Namun, ketika dikenang kembali, peristiwa ini rupanya memberi warna kepada sebuah pengembaraan itu.

Acapkali, perjalanan saya sama ada seorang diri, berdua atau bertiga. Selalunya bersama perempuan sahaja.

Peristiwa Pertama


Pernah sekali, ketika di Munchen (Munich), Jerman, saya dan dua orang kawan memesan makanan segera halal (baca: fast food kebab) dari sebuah kedai kecil. Sedang kami menunggu, seorang lelaki dengan rambut tegak bercacak seperti besi cerucuk masuk ke kedai itu.

Dia cuba berbual-bual dengan salah seorang rakan saya, namun, rakan saya melayan hanya sekadarnya sahaja. Tidak beria-ia, tidak pula bersikap dingin.

Tiba-tiba, dari belakang kaunter, saya ternampak pemilik kedai makanan itu menjeling ke arah kami, sambil memberi isyarat tentang "sesuatu". Sayangnya, kami bertiga langsung tidak m…

[Tip] Kali Pertama Kembara

Entri ini dikongsi di Twitter Lonely Planet dan ditulis Caz dari ytravelblog.com.

43 TIP BAGI PENGEMBARA KALI PERTAMA

Antara yang saya suka,

Tip no 40. Belajar mencangkung dalam tandas. Kamu perlukannya.

Ketawa seorang diri dan terus kongsikan kepada rakan-rakan.

Tip di bawah ini pula perkara baru bagi saya dan saya bersetuju dengannya.

Tip no. 43. Bersedia dengan kejutan budaya di tempat sendiri sebaik pulang ke rumah.

Tambahan tip daripada saya pula.

Tip Pertama, buat salinan passport dan maklumat penting. Simpan di tempat berasingan. Jika passport hilang, salinan dapat digunakan ketika berkunjung ke Kedutaan.

Tip Kedua, salin alamat kedutaan di setiap negeri kita pergi, terutamanya, di negara yang jauh seperti Eropah dan US. 
Terima kasih Caz kerana sudi berkongsi tip-tip ini! :)
Boleh baca senarai penuh 43 tip itu di sini.

Waida Yusof, 8 Nov 2012 KL, Malaysia

November Rain

Image
November Rain.

Mungkinkah hujan memang sering turun dalam November sehingga kumpulan rock Gun N' Roses menggunakannya sebagai tajuk lagu.

Seakan-akan serasi dengan suasana November di Malaysia sekarang.

Dan pagi tadi, tatkala menerima limpahan cahaya pagi, hati ini sudah begitu riang. Perasaannya sama seperti tinggal di negara empat musim dan melompat kegembiraan ketika tiba musim panas.

Namun, tetap tidak boleh kalah kepada penduduk Amsterdam, Belanda yang akan ber"mandi" cahaya matahari ketika musim panas.
Kerusi disusun menghadap ke arah jalan dan mereka duduk berderet seperti menonton wayang gambar. Keadaan ini berlaku pada hampir semua kafe.

Pertama kali melihat pemandangan seperti ini di Amsterdam, saya dan ibu terpinga-pinga. Terdetik dalam hati, "Adakah mereka sedang menonton wayang pacak?"

Serentak kepala dipusing mencari wayang gambar, namun langsung tidak kelihatan.

Rupanya, mereka meraikan kedatangan matahari dengan duduk betul-betul di bawah mataha…

Keretapi Trans Siberia

Image
Mengembara ke ranah (baca: tanah) dunia ini tidak terhad pada satu cara. Ada yang suka terbang. Ada yang suka menaiki keretapi. Ada yang suka berjalan kaki.

Ketika membaca blog FiveFeetFlat.net, saya terjumpa entri ini. (Blog ini ditulis bekas wartawan NST yang sudah pun menaiki keretapi Trans Siberia ini. Wanita juga :) )

Lalu, terus saya berangan-angan menaiki keretapi daripada St Petersburg, Rusia bagi pulang ke Malaysia.
Angan-angan itu percuma sahaja.
Waida Yusof, 6 Nov 2012 KL

Budaya Berkeretapi

Image
"Di sana, budak sekolah rendah pun naik keretapi seorang diri!"

Cerita adik saya yang baru tiba petang itu. Dia mengikuti rombongan pertukaran pelajar sekolahnya ke Hokkaido, Jepun.

Al-kisahnya, ketika dia dan 14 rakan sekolahnya ada di sana, dua daripada mereka sesat. Sepatutnya, mereka semua berkumpul di stesen keretapi laju (Shinkansen). Rupa-rupanya, mereka sesat apabila diminta pergi sendiri ke stesen keretapi laju menaiki tram. Kebetulan pula, pada hari kejadian, tram rosak dan mereka terpaksa bertukar-tukar tram.

Kata adik saya, dua orang kawannya itu hampir menangis. Syukurlah, mereka mendapat bantuan daripada polis.

Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam hal ini. Bukan keluarga angkat kerana tidak menghantar pelajar-pelajar itu ke stesen. Bukan juga dua pelajar itu yang tersesat ketika mencari keretapi.

Ia hanya kisah budaya pengangkutan dari dua negara berbeza! :)

Waida Yusof
4 Nov 2012
Selangor

Berbeza Tapi Serumpun

Image
Tiga kata berbeza, namun serumpun.

Di Ireland, tasik dipanggil Lough.
Di Scotland, mereka memanggilnya Loch.
Di England pula, kita mengenalinya sebagai Lake.
Waida Yusof, 1 Nov 2012 Bangi