November 7, 2012

November Rain

November Rain.

Mungkinkah hujan memang sering turun dalam November sehingga kumpulan rock Gun N' Roses menggunakannya sebagai tajuk lagu.

Seakan-akan serasi dengan suasana November di Malaysia sekarang.

Dan pagi tadi, tatkala menerima limpahan cahaya pagi, hati ini sudah begitu riang. Perasaannya sama seperti tinggal di negara empat musim dan melompat kegembiraan ketika tiba musim panas.

Namun, tetap tidak boleh kalah kepada penduduk Amsterdam, Belanda yang akan ber"mandi" cahaya matahari ketika musim panas.

Kredit Foto: DutchAmsterdam.nl
Kerusi disusun menghadap ke arah jalan dan mereka duduk berderet seperti menonton wayang gambar. Keadaan ini berlaku pada hampir semua kafe.

Pertama kali melihat pemandangan seperti ini di Amsterdam, saya dan ibu terpinga-pinga. Terdetik dalam hati, "Adakah mereka sedang menonton wayang pacak?"

Serentak kepala dipusing mencari wayang gambar, namun langsung tidak kelihatan.

Rupanya, mereka meraikan kedatangan matahari dengan duduk betul-betul di bawah matahari dan minum bersama rakan-rakan.

Dan hari ini, saya juga meraikan cahaya matahari yang bertahan sehingga petang.

Waida Yusof,
7 Nov 2012
KL

No comments:

Post a Comment