November 4, 2012

Budaya Berkeretapi

Kredit Foto: Jen

"Di sana, budak sekolah rendah pun naik keretapi seorang diri!"

Cerita adik saya yang baru tiba petang itu. Dia mengikuti rombongan pertukaran pelajar sekolahnya ke Hokkaido, Jepun.

Al-kisahnya, ketika dia dan 14 rakan sekolahnya ada di sana, dua daripada mereka sesat. Sepatutnya, mereka semua berkumpul di stesen keretapi laju (Shinkansen). Rupa-rupanya, mereka sesat apabila diminta pergi sendiri ke stesen keretapi laju menaiki tram. Kebetulan pula, pada hari kejadian, tram rosak dan mereka terpaksa bertukar-tukar tram.

Kata adik saya, dua orang kawannya itu hampir menangis. Syukurlah, mereka mendapat bantuan daripada polis.

Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam hal ini. Bukan keluarga angkat kerana tidak menghantar pelajar-pelajar itu ke stesen. Bukan juga dua pelajar itu yang tersesat ketika mencari keretapi.

Ia hanya kisah budaya pengangkutan dari dua negara berbeza! :)

Waida Yusof
4 Nov 2012
Selangor

No comments:

Post a Comment