Posts

Showing posts from November, 2013

Misteri The Chimney di Labuan

Image
Namanya The Chimney, iaitu pendiang.  Namun, sehingga sekarang, tiada sesiapa pun tahu apa fungsi bangunan ini. Kata orang kampung, "Bangunan ini adalah rumah api pada zaman dahulu." Namun, melihat bangunan ini, langsung tiada kesan atau tanda-tanda struktur tangga dibina menuju ke puncak. Waida Yusof, 27 Nov 2013 KL

Mengkaji Batu di Labuan

Image
Hilang sebentar dari dunia online dengan mengikuti kursus tentang batu di Labuan. Siapa kata di Labuan tiada tempat yang menarik selain membeli-belah coklat? :) Sebahagian daripada lapisan batu-batu yang kami jejaki. Antara lapisan batu pasir yang termampat berjuta, juta, juta tahun dahulu. Kredit Foto: Amirah Raihana Bukan mudah sebenarnya menjadi ahli kaji batu (mujurlah saya bukan. Biarlah saya kekal menjadi jurutera, termasuk menjadi jurutera kata-kata ). Misalnya, tempat ini hanya dapat diakses apabila air laut surut... ...dan, pemandangan begini pula hanya dapat dinikmati selepas kita berjalan meredah hutan, memanjat bukit dan melintas di celah-celah belakang rumah orang. Cerita Farah, si ahli kaji batu, "Boleh sahaja kami berkampung sebulan di sini bagi mengkaji batu." Namun, kepenatan itu terbayar apabila berjumpa benda-benda " rare " seperti ini :) Fosil yang terbentuk pada batu. Lumpur yang naik ke permukaan dari dalam bumi. Jika mahu, bol

Granada - Kota Al-Andalus Yang Hilang

Image
Granada Kota terakhir Al-Andalus sebelum Al-Andalus hanya sekadar tinggal nama. Pemandangan Al-Bayzin, kota lama Granada dari balkoni hostel Tangga kecil dan tinggi yang biasa ditemui di Al-Bayzin Ajaibnya, rasa nostalgik itu lebih banyak dirasa ketika berada di luar kota ini daripada ketika berada di sana. Semuanya kerana selepas membaca sejarah Islam di Sepanyol daripada bermulanya Al-Andalus sehingga kerajaan ini hilang. Busking di Plaza Nueva Seni khat untuk jualan di Plaza Nueva Ketika di sana, mulut malah mengeluh kerana tidak tahu lagi tempat yang perlu dituju sementara menanti hari kunjungan ke Alhambra. Kebanyakan tempat yang disyorkan Tourism Granada adalah gereja sehingga kami membuat keputusan drastik membeli tiket balik hari ke Cordoba walaupun tiada dalam rancangan. Masjid Besar di Granada. Dari lamannya, kita dapat melihat terus ke Alhambra yang di atas bukit Pokok oren yang banyak ditemui di Granada dan Cordoba dek cuaca

Cerita Tentang Kentang

Image
Kentang goreng. Cara-cara memasak sambal kentang . Kredit Foto: Intai Dapur Ada apa dengan kentang goreng? Kentang yang dipotong bulat dan nipis-nipis kemudian digoreng. Boleh juga memasaknya sebagai sambal. Itu cara masakan kaum Melayu Malaysia. Kentang goreng moden pula dipotong panjang-panjang, gemuk atau kurus. Kemudian, ditabur pula garam ke atasnya. Sekali lagi, saya akan bertanya diri sendiri, ada apa dengan kentang goreng? Tanpa diduga, dek kentang goreng, kami bertiga pernah kempunan di bumi Eropah kerana terlalu kepingin memakannya. Bermula dari Brugge di Belgium, kemudian ke Munchen di Jerman, Praha di Republik Czech, sehingga pulang ke London, barulah kami bertemu kentang goreng yang halal dimakan. Semuanya gara-gara muzium kentang goreng ini di Brugge, Belgium. Dahsyatnya penangan kentang. Waida Yusof, 1 Nov 2013 KL PS: Sejak melawat Friet Museum, kami tidak berani menyentuh kentang goreng   di Belgium apatah lagi mengetahui kentang di sana digoreng dengan minyak k