November 1, 2013

Cerita Tentang Kentang

Kentang goreng.

Cara-cara memasak sambal kentang. Kredit Foto: Intai Dapur

Ada apa dengan kentang goreng?

Kentang yang dipotong bulat dan nipis-nipis kemudian digoreng. Boleh juga memasaknya sebagai sambal. Itu cara masakan kaum Melayu Malaysia.

Kentang goreng moden pula dipotong panjang-panjang, gemuk atau kurus. Kemudian, ditabur pula garam ke atasnya.

Sekali lagi, saya akan bertanya diri sendiri, ada apa dengan kentang goreng?

Tanpa diduga, dek kentang goreng, kami bertiga pernah kempunan di bumi Eropah kerana terlalu kepingin memakannya.

Bermula dari Brugge di Belgium, kemudian ke Munchen di Jerman, Praha di Republik Czech, sehingga pulang ke London, barulah kami bertemu kentang goreng yang halal dimakan.

Semuanya gara-gara muzium kentang goreng ini di Brugge, Belgium.



Dahsyatnya penangan kentang.

Waida Yusof,
1 Nov 2013
KL

PS: Sejak melawat Friet Museum, kami tidak berani menyentuh kentang goreng di Belgium apatah lagi mengetahui kentang di sana digoreng dengan minyak kuda.

No comments:

Post a Comment