Mengkaji Batu di Labuan

Hilang sebentar dari dunia online dengan mengikuti kursus tentang batu di Labuan. Siapa kata di Labuan tiada tempat yang menarik selain membeli-belah coklat? :)

Sebahagian daripada lapisan batu-batu yang kami jejaki.

Antara lapisan batu pasir yang termampat berjuta, juta, juta tahun dahulu.
Kredit Foto: Amirah Raihana

Bukan mudah sebenarnya menjadi ahli kaji batu (mujurlah saya bukan. Biarlah saya kekal menjadi jurutera, termasuk menjadi jurutera kata-kata).

Misalnya, tempat ini hanya dapat diakses apabila air laut surut...




...dan, pemandangan begini pula hanya dapat dinikmati selepas kita berjalan meredah hutan, memanjat bukit dan melintas di celah-celah belakang rumah orang.





Cerita Farah, si ahli kaji batu, "Boleh sahaja kami berkampung sebulan di sini bagi mengkaji batu."

Namun, kepenatan itu terbayar apabila berjumpa benda-benda "rare" seperti ini :)

Fosil yang terbentuk pada batu.

Lumpur yang naik ke permukaan dari dalam bumi. Jika mahu, boleh dijadikan masker.

Arang batu di celah-celah batu ini mungkin akar pokok pada suatu masa dahulu.

Saya pula gembira melihat batu seperti ini. 

Terus terfikir cerita tentang kura-kura yang disumpah menjadi batu.

Waida Yusof,
24 Nov 2013
KL

PS: Kata si ahli kaji batu, saiz batu sangat penting. Jadi, biasanya pen atau manusia digunakan sebagai rujukan saiz ketika mengambil gambar.

Comments

Popular posts from this blog

Tawakkal Ke Atas Kehidupan

Melihat Street Art di Portugal

Kurang RM 5 Ribu Jalan-Jalan 18 Hari Di Jepun (Bahagian 2)