Posts

Showing posts from August, 2013

Trivia: Negeri Apa Ada 2 Ibu Negeri?

Image
Satu lagi " penyakit" yang muncul ketika jarang travel adalah membuka WikiTravel dan Wikipedia... Tempoh hari., ada kaki backpackers dari group Facebook Malaysian Backpackers Community (MBC) bercerita tentang travel ke Leh di Ladakh. Leh? Ladakh? Blur, jadi terus buka iPod Touch dan google "Ladakh", lalu terjumpalah satu trivia menarik. Negeri apakah yang memiliki dua ibu negeri? Jujurnya, tidak pernah terlintas di kepala ini akan wujudnya situasi yang memungkinkan ada 2 ibu negeri dalam satu negeri. Misalnya, di Selangor, Shah Alam akan sentiasa menjadi ibu kota (atau ibu negeri) bukan? Namun tidak bagi Jammu dan Kashmir, negeri paling utara di India berhampiran gunung Himalaya. Gunung bersalji bukan ada di Switzerland sahaja Apabila musim panas, kota Srinagar akan menjadi ibu negeri dan apabila musim sejuk tiba, kota Jammu pula yang menjadi ibu negeri. (Tidak penatkah mereka (baca: pegawai kerajaan) berpindah-randah? Hehe) Terus tempat ini masuk dalam

Apa Yang Kamu Kumpul Apabila Melancong?

Image
"...yang suka membeli buah tangan untuk sanak saudara, kebanyakannya dari Malaysia dan Turki." Lebih kurang begitulah kata-kata Abah semasa kami menunggu Mak dan Mak Long melihat-lihat barang di tepi Masjid Nabawi. Biasa sahaja kain kanvas jualan dibentang di luar perkarangan masjid selepas tamat waktu solat. Memang asyik membeli ole-ole bagi dibawa pulang. Jika bukan dijadikan hadiah, kadangkala "ole-ole" dibeli untuk disimpan sendiri :) Ada yang membeli (baca: mengumpul) fridge magnet , rantai kunci ( keychain ), poskad, t-shirt I Love , t-shirt Hard Rock Cafe , cawan Starbuck , tin Coca-Cola , suratkhabar, dan lain-lain lagi. Saya juga tidak ketinggalan. Jika dahulu, saya membeli fridge magnet atau sekali sekala, kole setempat yang unik (gigih betul membawa mug dalam bagpack .). Sekarang, saya sudah beralih arah kepada buku bergambar kanak-kanak (BBKK) tempatan. Sekiranya ada rezeki, saya akan terjumpa juga buku-buku yang memuatkan kisah-kisah dongeng setempat

Berapa Negara Kamu Sudah Pergi?

Image
Apabila sudah lama tidak travel, inilah kerja ketika masa lapang... Gores peta untuk tanda negara yang sudah pergi Waida Yusof, 21 Ogos 2013 KL PS: Apabila digores begini, rupanya tempat yang sudah saya pergi hanyalah satu atau dua titik sahaja dalam dunia ini. Insaf u_u