August 25, 2013

Apa Yang Kamu Kumpul Apabila Melancong?



"...yang suka membeli buah tangan untuk sanak saudara, kebanyakannya dari Malaysia dan Turki."

Lebih kurang begitulah kata-kata Abah semasa kami menunggu Mak dan Mak Long melihat-lihat barang di tepi Masjid Nabawi. Biasa sahaja kain kanvas jualan dibentang di luar perkarangan masjid selepas tamat waktu solat.

Memang asyik membeli ole-ole bagi dibawa pulang.
Jika bukan dijadikan hadiah, kadangkala "ole-ole" dibeli untuk disimpan sendiri :)

Ada yang membeli (baca: mengumpul) fridge magnet, rantai kunci (keychain), poskad, t-shirt I Love, t-shirt Hard Rock Cafe, cawan Starbuck, tin Coca-Cola, suratkhabar, dan lain-lain lagi.

Saya juga tidak ketinggalan.
Jika dahulu, saya membeli fridge magnet atau sekali sekala, kole setempat yang unik (gigih betul membawa mug dalam bagpack.).

Sekarang, saya sudah beralih arah kepada buku bergambar kanak-kanak (BBKK) tempatan. Sekiranya ada rezeki, saya akan terjumpa juga buku-buku yang memuatkan kisah-kisah dongeng setempat.


Ini BBKK Sepanyol, Belarus, Jerman, Swiss dan juga Arab/Perancis. Ada yang dibeli, ada juga dihadiahkan kawan.

Namun, rupa-rupanya ada yang lebih hebat dalam mengumpul barang-barang untuk dijadikan koleksi.

Teringat saya pada sebuah artikel yang dibaca di Internet.

Ketika penulis artikel itu menaiki kapal terbang, seseorang yang duduk di sebelah beliau bertanya, "Apa yang kamu kumpul apabila melancong?"

Terpana penulis itu sebentar, sebelum lelaki yang bertanya itu berkata lagi, "Setiap kali perlu bekerja di luar negara, saya akan membawa pulang tanah tempat yang saya pergi untuk isteri saya. Jadi, isteri saya juga dapat merasai tanah tempat yang saya jejaki."

Pada waktu yang lain, penulis berjumpa dengan lelaki lain pula. Kali ini, lelaki kedua itu men"gumpul" udara. Setiap "udara" itu akan dia masukkan ke dalam botol, labelkan dengan nama tempat dan beri kepada isteri yang ditinggalkan.

Dipendekkan cerita, akhirnya penulis itu tersedar yang dia juga mengumpul sesuatu, iaitu cerita setiap orang yang ditemuinya :)

Dan akhirnya, saya juga sedar saya juga mengumpul cerita setiap orang yang saya jumpa ketika kembara.

Waida Yusof
25 Ogos 2013
KL

7 comments:

  1. Waida,
    Akhir2 ni suka kumpul water globe. Walaupun berat, tetap sanggup menempuh excess baggage. ..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda,

      Memang gigih!

      PS: Terus saya google "water globe". Baru tahu apa bendanya. Selama ini sering lihat tetapi tidak tahu namanya :)

      Delete
  2. Dulu, I like to collect suratkhabar. Tapi leceh lah nak bawa balik...

    Now I send postcards to myself. And I collect t-shirt Hard Rock and fridge magnets.. oh and I baru nak start kumpul Starbucks country mugs.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kumpul suratkhabar juga, tetapi bila sampai rumah ke tong sampah juga selepas habis baca :P Jadi, bertukar beli buku pula heheh..

      Always amaze with people who can send postcards to ownself. Cuba hari itu, tetapi blur mahu tulis apa. Heheh

      Delete
  3. Replies
    1. Tak semestinya. Asalkan cantik dan ada nama tempat 'terpahat' di t-shirt...rembat sajalah..hihi

      Delete