August 31, 2013

Trivia: Negeri Apa Ada 2 Ibu Negeri?

Satu lagi "penyakit" yang muncul ketika jarang travel adalah membuka WikiTravel dan Wikipedia...

Tempoh hari., ada kaki backpackers dari group Facebook Malaysian Backpackers Community (MBC) bercerita tentang travel ke Leh di Ladakh.

Leh? Ladakh?
Blur, jadi terus buka iPod Touch dan google "Ladakh", lalu terjumpalah satu trivia menarik.

Negeri apakah yang memiliki dua ibu negeri?

Jujurnya, tidak pernah terlintas di kepala ini akan wujudnya situasi yang memungkinkan ada 2 ibu negeri dalam satu negeri. Misalnya, di Selangor, Shah Alam akan sentiasa menjadi ibu kota (atau ibu negeri) bukan?

Namun tidak bagi Jammu dan Kashmir, negeri paling utara di India berhampiran gunung Himalaya.

Gunung bersalji bukan ada di Switzerland sahaja

Apabila musim panas, kota Srinagar akan menjadi ibu negeri dan apabila musim sejuk tiba, kota Jammu pula yang menjadi ibu negeri.

(Tidak penatkah mereka (baca: pegawai kerajaan) berpindah-randah? Hehe)

Terus tempat ini masuk dalam senarai tempat yang ingin dilawati.

Lagi bertambah teruja mahu ke sana apabila membaca ayat ini dari Wikipedia.

"Jammu is also known as the City of Temples owing to the number of historical temples and domes of old mosques located within the city."

Waida Yusof,
Malam Merdeka,
KL

PS: Satu lagi trivia, Jammu dan Kashmir ini adalah daerah yang menjadi perebutan di antara India, Pakistan dan China.

PSS: Apa kaitan Leh dan Ladakh dengan Jammu dan Kashmir? Kedua-duanya itu tempat di Jammu dan Kashmir :)

1 comment: