Posts

Showing posts with the label Tips Melancong

Tips Melancong Serata Dunia

Image
Pada mulanya, kami sekadar berbalas senyuman. Tanda menghormati beliau yang duduk di sebelah rakan kami di dalam "coaster" (bas pendek). Ketika itu, kami menyertai rombongan ke Terowong Chu Chi (sebutannya Ku - Ci) yang dibeli dari ejen pelancongan setempat. Tiba-tiba lelaki tua itu menegur kami. Itu pun hanya selepas saya dan kawan-kawan berbual sesama sendiri dalam bahasa ibunda. Kata beliau dengan pelat Cina, "Saya tidak berani tegur kalau kamu semua tidak bercakap Melayu." Selepas itu, perbualan demi perbualan berlanjutan, terutamanya dengan Qilah, kawan seperjalanan yang duduk di sebelah beliau.  Walaupun berbual panjang, tetap juga tidak tahu nama beliau Saya yang duduk di sebelah Qilah hanya mendengar sahaja perbualan mereka sehingga akhirnya saya membuat beberapa kesimpulan. Kesimpulan Satu: Walaupun tanam sayur, tetap boleh juga melancong ke serata dunia. Lelaki Cina ini kerjanya dahulu menanam sayur di Menglembu, namun sudah pun sampai di Itali. Tahun...