Menatap Salji Pertama

Musim luruh sudah bermula.

Derby, United Kingdom

Rindu juga menanti musim sejuk tiba apatah lagi ketika cuaca panas di UK menggila bulan 7 dan 8 tempoh hari.

Ya, musim yang pokok-pokok habis kering kontang tinggal ranting dan dahan pokok itu sahaja. Musim yang sehelai daun pun tiada, kecuali rumput. Malah, kadang-kadang, rumput kering berwarna kecoklatan sahaja yang tinggal.

Itulah indahnya, musim ini.

Jika bukan daun-daun habis gugur, kita tidak akan nampak "mistletoe" pada pokok, yang biasanya tersembunyi daripada pandangan manusia.

Dan, jika bukan hilang semua warna, kita tidak akan rasa gembira melihat datangnya kembali warna-warni bunga dan hijaunya daun.

Dan, hamba pasti akan merindui saat-saat pertama turunnya salji pertama.

"First snow" kata penduduk tempatan, umpama, sahihlah musim sejuk bermula selama tiga bulan sehingga musim bunga datang.

Bagaimana rupa salji itu?

Jika yang dipanggil "sleet" itu, ia bulat-bulat.
Jika yang dipanggil "snowflake" pula, ini salji sebenar, iaitu berbentuk kristal.


Kredit Foto: University of Washington

Selepas hamba duduk di sini, baru ada kesedaran yang susah untuk berjumpa dengan salji. Mahu ada salji tebal pun jenuh. Cuaca wajib betul-betul sejuk.

Maka, terasa murah rezeki hamba apabila "Beast from the East" datang bertamu awal tahun ini.

Weston Park, Sheffield


Main salji di Panderosa waktu ribut salji - mohon jangan ditiru


Putih cantik yang ada hazabnya

Lain pula reaksi orang tempatan.

Kata mereka, "Seronok datang salji ini pada hari pertama sahaja. Lepas itu, susah mahu ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Pendek kata, mahu buat apa-apa pun susah!"

Ya, jika salji terlalu tebal, sistem pengangkutan boleh terganggu baik kereta, keretapi dan bas.

Seorang kawan pernah tersangkut beberapa jam kerana jadual keretapi terganggu. Keretapi tidak mampu bergerak akibat landasan licin.

Seorang teman lain pula cepat-cepat menyuruh suaminya membeli stok susu dari kedai. Setidak-tidaknya jika terperangkap akibat salji tebal, makanan ada!

Ya, begitulah.
Sedang-sedang saja juga yang bagus.

Waida Yusof,
4 Nov 2018
Derby, UK

Comments

Popular posts from this blog

Kurang RM 5 Ribu Jalan-Jalan 18 Hari Di Jepun (Bahagian 2)

Bagaimana Jalan-jalan 18 Hari di Jepun dengan Kurang RM5,000 (Bahagian 1)

Tips Menyusun Gambar Travel