Catatan Kembara 2013
"Tidak bercuti?" (Terkejut apabila tidak bercuti) Geleng. Menghampiri saki-baki 2013 dan musim orang bercuti panjang, pasti soalan begini yang meluncur keluar dan pastinya dijawab dengan cuti yang sudah sold out. Pasti ketawa mereka seandainya saya memberitahu cuti tahunan saya sudah licin-licau sejak bulan Jun lagi. Merenung kembali sesi jalan-jalan 2013.... Selepas berjalan ke Ipoh pada penghujung Disember tahun lalu , tahun 2013 dibuka dengan saya terbang ke Vietnam menyertai rakan di pertengahan perjalanan mereka dari Thailand dan Kemboja. Jan Ho Chi Minh dan Hanoi, Vietnam. Masih teringat lagi, saya terpaksa keluar awal dari mesyuarat bagi mengejar kapal terbang ke Ho Chi Minh dan sejak itu, terus muka ini dicop sebagai kaki jalan oleh ketua :) Ipoh, Perak dan (terlanjut ke Pulau Pinang). Datang ke Ipoh berkeretapi dan pulang menaiki kereta, serta sempat lagi menyinggah ke Pulau Pinang. Pertama kali menonton wayang sebelum ke walimah orang ;) Juga pertama kali...