December 31, 2013

Catatan Kembara 2013

"Tidak bercuti?"

(Terkejut apabila tidak bercuti)

Geleng.

Menghampiri saki-baki 2013 dan musim orang bercuti panjang, pasti soalan begini yang meluncur keluar dan pastinya dijawab dengan cuti yang sudah sold out.

Pasti ketawa mereka seandainya saya memberitahu cuti tahunan saya sudah licin-licau sejak bulan Jun lagi.

Merenung kembali sesi jalan-jalan 2013....

Selepas berjalan ke Ipoh pada penghujung Disember tahun lalu, tahun 2013 dibuka dengan saya terbang ke Vietnam menyertai rakan di pertengahan perjalanan mereka dari Thailand dan Kemboja.

Jan
Ho Chi Minh dan Hanoi, Vietnam.
Masih teringat lagi, saya terpaksa keluar awal dari mesyuarat bagi mengejar kapal terbang ke Ho Chi Minh dan sejak itu, terus muka ini dicop sebagai kaki jalan oleh ketua :)

Ipoh, Perak dan (terlanjut ke Pulau Pinang).
Datang ke Ipoh berkeretapi dan pulang menaiki kereta, serta sempat lagi menyinggah ke Pulau Pinang. Pertama kali menonton wayang sebelum ke walimah orang ;) Juga pertama kali merasa Nasi Ganja Vanggey Ipoh yang lejen itu. Pertama kali juga berjalan-jalan dengan Cikgu Kay Aniza dan keluarga.

Feb
JB, Johor.
Membawa adik-adik bersukaria di Legoland, sambil melawat-lawat JB.

Mac
Yogyakarta, Indonesia
Yang sentiasa menjadi ingatan adalah melihat Gunung Merapi yang masih aktif dan kesan-kesan letusannya. Serta perbualan dengan seorang lelaki di kedai makan. Katanya, "Perangkah di Malaysia (merujuk kepada peristiwa Lahad Datu di Sabah)?"

Melaka.
Pulang dari Indonesia, terus memandu ke Melaka bagi menghadiri kursus teambuilding anjuran pejabat.

Mac - Apr
Trip DIY Eropah Pusingan ke-3.
Bemula di Paris - Lyon - Annecy - Interlaken - Jungfrau - Geneva - Barcelona - Granada - Cordoba - Marseille - Lyon - Paris. Trip terakhir saya dan kawan baik sebelum beliau menamatkan zaman bujangnya :) Juga trip malam lejen yang kami terpaksa tidur dalam lif ketika suhu di luar 1 darjah Celcius.

Mei - Jun
Tanah Haram, Arab Saudi.
Dua minggu sebelum berangkat, datuk yang disayangi dijemput Tuhan ke negara abadi.

Julai & Ogos adalah musim berhibernasi dari kegiatan berjalan-jalan.

Sept
Tapah, Perak
Menghadiri walimah sepupu dekat.

Oktober juga musim hibernasi.

Nov
Labuan, Wilayah Persekutuan.
Menghadiri kursus batu sambil berpesta makan ketam.

Tuaran, Sabah
Menghadiri kursus berkaitan kerja (sambil-sambil menaiki bot menyusuri sungai Mengkabong di Tuaran).

Dis
Kota Kinabalu, Sabah.
Rancangan ad-hoc ibu yang tiba-tiba sahaja mahu mengajak kami berjalan.

Cuti siapalah yang tidak sold out jika begini...

Waida Yusof,
31 Disember 2013
KL

PS: Dek cuti yang tidak cukup, terus terbantut rancangan ke Jepun pada penghujung Oktober.

2 comments: