December 19, 2013

Pesta Ski Di Puncak Swiss

2 April 2013.

Rezeki kami pagi itu murah.

Biarpun suhu 1 darjah Celcius, hari itu, cuaca bermula cerah. Matahari juga tidak segan silu untuk keluar memancarkan sinarnya.

Mudah kami memulakan perjalanan sehari ke puncak Jungfraujoch di Switzerland dan pulang ke Geneva malam itu juga.

Sebaik keluar dari hostel, rupa-rupanya bukan kami sahaja yang mahu ke puncak. Banyak pula orang tempatan mengambil kesempatan ini bermain ski di puncak pergunungan Alps.


Penuh dengan pemain ski di sepanjang trek keretapi stesen Wilderswil ini. 

Berduyun-duyun seperti pesta sehingga saya dan kawan pula rasa kekok tidak sama-sama bermain ski.

Tempat meletak papan luncur ski di dalam keretapi

Seronok memerhatikan mereka.

Yang kanak-kanak, inilah masanya mereka berjinak-jinak dengan dunia ski.



Yang remaja, mencabar diri dengan bermain ski dari tempat tinggi.

Naik kereta kabel ke tempat tinggi dan mula meluncur turun!

Yang dewasa pula, emmm.. membuang salji dari bumbung rumah?



Waida Yusof,
19 Disember 2013
KL

No comments:

Post a Comment