December 9, 2013

100 Peta Pengubah Dunia

Mengemas buku-buku sendiri, terjumpa pula buku yang belum pernah dibaca sejak dibeli.

Tajuknya, "To The Ends of The Earth: 100 Maps That Changed The World" ditulis oleh Jeremy Harwood.

Buku yang akan bertukar tuan 

Antara dua peta yang mengubah lanskap peta dunia di dalam buku ini;

Pertama: Peta Keretapi Bawah Tanah

Peta Subway London circa 1935

Ini adalah peta subway London pada tahun 1935. Penciptanya adalah Tuan Harry Beck, iaitu seorang jurutera elektrik.

Apa yang menariknya, beliau melukis peta ini tidak mengikut amalan pelukis peta lain zaman itu. Misalnya, peta ini tidak dilukis mengikut skala dan tiada langsung maklumat geografi kecuali sungai Thames.

Kata Tuan Harry, beliau terinsipirasi dengan lukisan litar elektrik semasa mencipta peta ini.

Akhirnya, jadilah peta subway London ini menjadi standad peta keretapi bawah dunia sekarang :)

Kedua: Peta Jalan London dari A ke Z

Semuanya bermula dengan sebuah masalah.

Pada tahun 1935, penciptanya, Phyllis Pearsall dijemput menghadiri sebuah parti di Belgravia, barat London. Namun, beliau sesat dan langsung tidak bertemu rumah yang dicari walaupun membawa peta jalan terkini bersamanya.

Lalu, beliau mencipta metod membahagikan peta jalan kepada seksyen-seksyen kecil bagi memudakan pencarian.

Peta London A - Z versi 1963

Seperti juga Tuan Harry, Cikpuan Phyllis juga bukan pelukis peta profesional. Malah, beliau adalah seorang penulis dan pelukis ;)

Lebih mengagumkan, kata beliau, "Saya terpaksa mendapatkan maklumat dengan berjalan. Saya akan mula berjalan sehingga terjumpa jalan-jalan lain, namun tiada idea langsung di mana saya berada."

Waida Yusof,
9 Disember 2013
KL

PS: Nampaknya, jika mahu menjadi inovator, tidak perlu menjadi orang pakar bidang :)

No comments:

Post a Comment