Posts

Showing posts from 2016

Tips Menyusun Gambar Travel

Image
Minggu lepas, hamba menyusun gambar-gambar yang pernah diambil mengikut nama negeri / negara dan tahun bertandang ke sana. 
(Rasanya, banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah tetapi kadangkala kita hanya mahu duduk diam-diam dan buat sahaja, seperti orang Kedah akan kata, "Biaq pi lah".)
Contoh folder-folder gambar itu adalah seperti di bawah.

Subfolder - subfolder ini berada dalam folder bernama "Indonesia".
Saya menyusunnya mengikut tahun, kemudian nama tempat yang dikunjungi. Jadi, jika ada kunjungan ke Indonesia lagi, masukkan sahaja subfolder gambar baru itu di sini. Mungkin tempatnya serupa dengan tempat yang sebelum ini, tetapi tetap boleh dibezakan mengikut tahun.
Cara ini memudahkan saya yang pelupa tahun bilakah saya ke sesuatu tempat itu.
Gambar ini sifatnya mendokumenkan apa yang ada pada waktu kita datang itu. Jika tidak, masakan mungkin Google Maps berkerjasama dengan pendaki gunung bagi menangkap gambar Google Street View di Mont Blanc, gunung puti…