Posts

Showing posts from March, 2014

Erti Tudung di Paris

Image
Mengembara sebagai seorang wanita Muslim besar ertinya kepada saya, tambahan pula saya juga bertudung atau berhijab. Sebagaimana yang pernah saya tulis dahulu tentang erti tudung , makna tudung itu kepada saya tetap dan masih sama. Menara Eiffel yang sinonim dengan Paris "Muslim? Malaisie?" Seingat saya, seperti itulah kami ditegur seorang lelaki Arab tua di dalam m├ętro di Paris. Bersungguh-sungguh lelaki tua itu cuba berbual-bual dengan kami, biarpun dalam bahasa ayam itik. Kata dia, "Saya cuma tahu berbahasa Arab dan Perancis." Kami pula hanya tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Namun itu tetap tidak  menghalang kami dari berbual-bual . Tambah lelaki tua itu lagi, "Saya suka Malaysia. Malaysia bagus. Mudah sekali menjadi orang Islam di sana." Perkara kecil tetapi nikmat yang saya seringkali terlupa. Syukur ya Allah. Waida Yusof, 23 Mac 2014 KL PS: Kemudian, lelaki tua itu bersungguh-sungguh menunjukkan arah ke hostel kami (biarpun

La langue francais

Image
Antara angan-angan saya 2014 ini adalah belajar bahasa Perancis (selain dari menghasilkan BBKK ). Bukan belajar sendiri seperti yang saya buat 2 tahun sudah, tetapi belajar terus dari guru. Lalu, sejak Februari lalu dan Insya Allah sehingga April ini, saya berguru dengan Monsieur Hanafi dari Algeria.  Vous etes Malaisien? Au revoir! Waida Yusof, 16 Mars 2014 KL PS: Sejak berkenalan dengan Monsieur Hanafi, tertarik pula mahu berkelana ke Algeria.