Posts

Showing posts from January, 2013

Resipi Apam Balik Untuk Orang Jerman

Image
Keputusan kilat bagi menggembirakan kawan baru di Jerman akhirnya menggembirakan saya semula. Saya doakan Jana berjaya memasak apam balik itu. Ini buku resipi yang saya hantar. Kredit Foto kepada eSentral & PTS Boleh dibeli online di  http://blog.e-sentral.com/ulasan-buku-senangnya-memasak-kuih-muih-minum-petang/ (Mungkin saya patut maklumkan kepada Chef Hanieliza, bukunya sudah saya pos kepada orang Jerman dengan terjemahan hanya pada 1 resipi) Waida Yusof, 31 Jan 2013 KL

Vietnam Yang Kurus Dan Tinggi

Image
"Kali ini, kita mesti tanya Duc mengapa bangunan di sini kurus dan tinggi." Saya dan Qilah memasang azam sebelum perjalanan seharian ke Teluk Ha Long dari Hanoi itu berakhir. Kesempatan itu datang usai makan tengahari di atas bot dan selepas melawat Gua Heaven Palace. Duc adalah pemandu pelancong freelance dalam rombongan kami. Dia juga fasih berbahasa Inggeris. Duc membalas soalan kami dengan jawapan ringkas, "Kami kekurangan tanah. Tanah juga mahal di sini." Kurang berpuas hati dengan jawapan Duc, saya menambah, "...namun, rumah di sini tidak juga dibina rapat-rapat..." sambil merujuk kepada rumah kurus dan tinggi dalam perjalanan ke Ha Long dari Hanoi tadi. Duc senyum sebelum membalas, "Luas Malaysia dan Vietnam sebenarnya lebih kurang sama. Namun, lebih separuh daripada tanah kami adalah gunung-ganang. Penduduk Malaysia lebih kurang dua puluh juta, bukan?" Saya dan Qilah mengangguk. "Penduduk Vietnam pula hampir sembilan puluh juta

Tips Melancong Serata Dunia

Image
Pada mulanya, kami sekadar berbalas senyuman. Tanda menghormati beliau yang duduk di sebelah rakan kami di dalam "coaster" (bas pendek). Ketika itu, kami menyertai rombongan ke Terowong Chu Chi (sebutannya Ku - Ci) yang dibeli dari ejen pelancongan setempat. Tiba-tiba lelaki tua itu menegur kami. Itu pun hanya selepas saya dan kawan-kawan berbual sesama sendiri dalam bahasa ibunda. Kata beliau dengan pelat Cina, "Saya tidak berani tegur kalau kamu semua tidak bercakap Melayu." Selepas itu, perbualan demi perbualan berlanjutan, terutamanya dengan Qilah, kawan seperjalanan yang duduk di sebelah beliau.  Walaupun berbual panjang, tetap juga tidak tahu nama beliau Saya yang duduk di sebelah Qilah hanya mendengar sahaja perbualan mereka sehingga akhirnya saya membuat beberapa kesimpulan. Kesimpulan Satu: Walaupun tanam sayur, tetap boleh juga melancong ke serata dunia. Lelaki Cina ini kerjanya dahulu menanam sayur di Menglembu, namun sudah pun sampai di Itali. Tahun

Kedai Makan Segera Hanoi

Jika di London rata-rata penduduknya ke bar selepas tamat bekerja, berlainan pula dengan penduduk Vietnam. Empat hari empat malam melihat perkara ini di dua tempat berbeza (Hanoi dan Ho Chi Minh), saya membuat konklusi mungkin ini adalah budaya rakyat di sini. Sebaik malam menjelang, kedai-kedai makan jalanan akan dibuka di mana-mana. Ada yang dibuka di atas siar kaki kedai pakaian yang dibuka pada sebelah siang. Ada juga yang dibuka di tepi taman dengan kerusi sudah siap dilonggokkan di satu tempat jika tidak digunakan. Pernah juga saya ternampak kedai sebegini dibuka di tepi jalan! Operasi kedai makan instant ini cukup mudah. Penjual membuka meja kecil separas lutut dan meletak makanan jualan di atasnya. Bangku-bangku kecil pula disusun mengelilingi meja makan yang comel juga saiznya. Kemudian, penjual sambil duduk di meja jualan, mula menjual makanan panas kepada pengunjung kedai makannya. Waida Yusof, 6 Jan 2013 Di Udara Hanoi ke Kuala Lumpur

Teluk Naga Vietnam

Image
Ha Long Bay. Teluk Naga Turun. Itulah maksud tempat ini secara literal. Alkisahnya, beribu-ribu tahun lalu, dikhabarkan Ibu Naga turun dari langit. Ibu Naga mahu membantu rakyat Vietnam yang diserang musuh, lalu dia mengeluarkan mutiara dari mulutnya. Mutiara-mutiara itu terus jatuh ke laut dan membentuk beratus-ratus pulau kecil berbatu. Sebaik pulau-pulau kecil itu timbul, kapal-kapal musuh terus terlanggar pulau-pulau itu dan berkecai. Begitulah kononnya asal usul Teluk Ha Long ini. Waida Yusof, 5 Jan 2013 Hanoi, Vietnam

Musim Sejuk Di Vietnam

Image
"Vietnam juga punya musim sejuk?" Terkejut mendengar kata-kata rakan pejabat yang bercerita tentang Vietnam. Rakan pejabat saya mengangguk. "Ya, di Hanoi, bandar di utara Vietnam misalnya." Dan, sekarang saya mengakui kebenaran kata-kata rakan saya itu. Malam tadi, sewaktu tiba di Hanoi, suhunya sekitar 13 darjah Celcius. Tidak hairan juga kerana dari bandar ini, kita sudah boleh menuju ke selatan China dengan bandar terdekatnya adalah Nanning. Loghat orang Vietnam di sini juga sudah ada iras-iras bahasa Cina. Satu peralihan yang menarik selepas mendengar bahasa Vietnam ala-ala Thailand :) Waida Yusof. 4 Jan 2013 Hanoi, Vietnam

Sebuah Lif Di Kota Singa

Image
Aneh. Andai ditanya, apakah tempat paling diingati tatkala melawat satu-satu negara, saya tidak ada jawapannya. Malah, mungkin saya lupa apakah nama tempat itu sehingga saya mencarinya semula di Google Map. Memang saya bukan calon pemandu pelancong yang bagus. Sebaliknya, saya akan teringat orang yang saya jumpa atau benda-benda unik dan pelik di sana. Misalnya, jika menyebut Singapura, saya akan teringat sebuah lif apartmen yang hanya berhenti di setiap tiga tingkat.  Pemandangan tipikal di kawasan perumahan Singapura. Kredit Foto . Jika bangunan itu setinggi 12 tingkat, lif itu hanya akan berhenti di tingkat 3, 6, 9, dan 12. Jadi, jika kita mahu ke tingkat 4, kita boleh naik lif sehingga ke tingkat 3, kemudian panjat anak tangga ke tingkat 4. Boleh juga kita naik lif ke tingkat 6, dan turun ke tingkat 4 dengan anak tangga. Tepuk dada dan pilih jalan sendiri kita mahu. Sehingga sekarang, saya masih kagum dengan konsep lif sebegini. Terfikir pula, jurutera manakah yang menciptan

Ada Apa Dengan Rusia?

Image
"Apa yang ada di Rusia?" Itu pertanyaan rakan sepejabat sewaktu saya bercerita keinginan saya hendak ke negara bekas pemerintahan Komunis itu. Terpempan saya seketika. Lalu, saya bertanya diri sendiri, "Ya, apa yang mendorong saya ingin ke Rusia?" Hanya satu yang bermain dalam kotak fikiran saya. Filem animasi Anastasia dengan latar St. Petersburg itu. Kisah puteri raja Rusia yang dikhabarkan hilang itu. Sudah tentu nasib Anastasia sebenar tidak seperti dalam animasi. Kredit Foto Sebelum itu, memadailah menonton persembahan ballet Rusia, "The Nutcracker Prince" dan "Swan Lake" di Malaysian Philharmonic Orchestra dahulu. Waida Yusof, 1 Jan 2013 KL