Musim Sejuk Di Vietnam

"Vietnam juga punya musim sejuk?"

Terkejut mendengar kata-kata rakan pejabat yang bercerita tentang Vietnam.

Rakan pejabat saya mengangguk. "Ya, di Hanoi, bandar di utara Vietnam misalnya."

Dan, sekarang saya mengakui kebenaran kata-kata rakan saya itu.

Malam tadi, sewaktu tiba di Hanoi, suhunya sekitar 13 darjah Celcius.

Tidak hairan juga kerana dari bandar ini, kita sudah boleh menuju ke selatan China dengan bandar terdekatnya adalah Nanning.

Loghat orang Vietnam di sini juga sudah ada iras-iras bahasa Cina. Satu peralihan yang menarik selepas mendengar bahasa Vietnam ala-ala Thailand :)



Waida Yusof.
4 Jan 2013
Hanoi, Vietnam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kurang RM 5 Ribu Jalan-Jalan 18 Hari Di Jepun (Bahagian 2)

Bagaimana Jalan-jalan 18 Hari di Jepun dengan Kurang RM5,000 (Bahagian 1)

Petang di Nara, Jepun