January 6, 2013

Kedai Makan Segera Hanoi

Jika di London rata-rata penduduknya ke bar selepas tamat bekerja, berlainan pula dengan penduduk Vietnam.

Empat hari empat malam melihat perkara ini di dua tempat berbeza (Hanoi dan Ho Chi Minh), saya membuat konklusi mungkin ini adalah budaya rakyat di sini.

Sebaik malam menjelang, kedai-kedai makan jalanan akan dibuka di mana-mana.

Ada yang dibuka di atas siar kaki kedai pakaian yang dibuka pada sebelah siang.

Ada juga yang dibuka di tepi taman dengan kerusi sudah siap dilonggokkan di satu tempat jika tidak digunakan.

Pernah juga saya ternampak kedai sebegini dibuka di tepi jalan!

Operasi kedai makan instant ini cukup mudah.

Penjual membuka meja kecil separas lutut dan meletak makanan jualan di atasnya. Bangku-bangku kecil pula disusun mengelilingi meja makan yang comel juga saiznya.

Kemudian, penjual sambil duduk di meja jualan, mula menjual makanan panas kepada pengunjung kedai makannya.

Waida Yusof,
6 Jan 2013
Di Udara Hanoi ke Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment